RIO DE JANEIRO: Ronaldo, pemenang Piala Dunia dua kali, tidak dapat menyertai sambutan ulang tahun ke-101 Cruzeiro, kelab Brazil kepunyaannya, selepas disahkan dijangkiti COVID-19.
Bintang bola sepak berusia 45 tahun itu hanya mengalami gejala ringan tetapi akan berehat dan menjalani kuarantin diri selaras dengan protokol kesihatan, kata Cruzeiro pada Ahad, menurut Xinhua.
"Cruzeiro mengumumkan pada Ahad bahawa Ronaldo Nazario didapati positif COVID-19," menurut kenyataan kelab bola sepak itu.
"Oleh itu, mustahil beliau menghadiri Belo Horizonte bagi merayakan sambutan itu."
Acara itu khusus diadakan sempena penampilan umum Ronaldo buat pertama kali setelah beliau membeli Cruzeiro dengan pegangan majoriti bernilai 400 juta reais (sekitar AS$70 juta) pada bulan lepas.
Bekas penyerang itu memulakan kariernya di Cruzeiro pada 1993, menjaringkan 56 gol dalam 58 perlawanan di semua pertandingan bagi pasukan Belo Horizonte sebelum berpindah ke PSV Eindhoven pada Julai 1994.
"Ronaldo kesal kerana tidak dapat menyertai aktiviti yang dirancang itu, tetapi kami akan mengumumkan jadual baharu sempena penampilannya di Belo Horizonte," tambah kenyataan itu.
Ronaldo, yang juga pemilik kelab Sepanyol, Real Valladolid, bersara pada 2011 selepas melakar karier cemerlang dengan Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid.
Beliau menjaringkan 62 gol dalam 98 perlawanan untuk Brazil dan merupakan ahli pasukan kebangsaan kempen Piala Dunia 1994 dan 2002.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Bintang bola sepak berusia 45 tahun itu hanya mengalami gejala ringan tetapi akan berehat dan menjalani kuarantin diri selaras dengan protokol kesihatan.- Foto REUTERS
Turkish Airlines sambung semula penerbangan ke Damsyik selepas 13 tahun
Syarikat penerbangan Turkish Airlines menyambung semula penerbangan ke ibu negara Syria, Damsyik, pada Khamis selepas hampir 13 tahun.
Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
AWANI Tonight 23 Jan 2025
AWANITonight with Ashwad Ismail & Najib Aroff
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok
Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Ronaldo beri bayangan terus beraksi untuk Portugal
CRISTIANO Ronaldo memberi bayangan dia akan terus bermain untuk Portugal selepas pasukan itu tersingkir dari kejohanan Euro 2024.
Ronaldo kahwin kali ketiga
Legenda bola sepak, Ronaldo Nazario secara rasmi berkahwin dengan model Celina Locks berusia 33 tahun di Ibiza hujung minggu lalu.
Piala Dunia Qatar: Guardiola tolak peluang kendali Brazil
Ronaldo mendedahkan Brazil cuba menawarkan Pep Guardiola untuk menjadi ketua jurulatih baharu mereka sebelum pengurus Manchester City itu memperbaharui kontraknya.
Legenda Brazil, Ronaldo, dedah sedang bertarung dengan kemurungan
Bekas bintang PSV, Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid itu diiktiraf umum sebagai antara pemain terbaik dalam generasinya.
Ronaldo tunai janji berbasikal 500km selepas Real Valladolid naik liga
Pucelanos akan beraksi dalam saingan liga tertinggi Sepanyol berkenaan selepas menamatkan saingan Segunda di tangga kedua.
Bintang Brazil Ronaldo positif COVID-19
Ronaldo, pemenang Piala Dunia dua kali, tidak dapat menyertai sambutan ulang tahun ke-101 Cruzeiro, kelab Brazil kepunyaannya, selepas disahkan dijangkiti COVID-19.
Kelayakan Piala Dunia: Neymar jadikan Peru mangsa, hampiri rekod penjaring terbanyak Brazil
Neymar menyamai rekod jaringan Ronaldo untuk menduduki senarai penjaring kedua terbanyak Brazil selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika membenam Peru.
Ronaldo gantung but tahun depan?
Kapten Portugal berusia 37 tahun ini sebenarnya masih tidak pasti bila mahu menggantung but, tetapi menegaskan, dia masih ghairah mencipta sejarah.
Sepuluh calon Pemain Terbaik Tahunan FIFA 2019 diumum
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo sekali lagi disenarai, kali ini turut disertai antaranya Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Eden Hazard. Harry Kane pun ada.
Saya belum bertaraf Galactico, kata Hazard
Pemain baharu, Real Madrid, Eden Hazard rendah diri, anggap dirinya belum bertaraf Galactico namun akan cuba untuk mencapai status itu.