Ratusan peminat pelakon aksi Hollywood Steven Seagal berkumpul di Bangunan Mahkamah Lama, di sini pada Sabtu untuk bertemu dengan bintang tersohor itu pada sesi bertemu peminat.
Seagal berada di sini memenuhi jemputan sebagai tetamu kehormat Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa ASEAN (AIFFA), yang berlangsung malam ini.
Peminat tempatan dan asing tidak melepaskan peluang menanti aktor pujaan mereka selepas menunggu hampir tiga jam untuk bertemu dan mendapatkan tandatangan bintang filem aksi Hollywood itu yang terkenal dalam filem, Under Siege (1992) dan Above The Law (1988).
Bagi warga tempatan, Gilbert Sanuang, 31, berkata beliau datang dari Miri bersama rakannya semata-mata untuk bertemu idola mereka yang terkenal dalam filem aksi seni mempertahankan diri.
"Walaupun hari ini adalah hari bekerja, saya sanggup mengambil cuti hari ini sehingga Ahad semata-mata untuk menghadiri majlis ini," katanya.
Anugerah AIFFA adalah acara dwitahunan untuk pembuat filem dari 10 negara anggota ASEAN dan mula dianjurkan sejak 2013 yang menawarkan 17 kategori merangkumi semua aspek utama bidang kreatif dan teknikal pembuatan filem.
Sementara itu Seagal pada sidang media berkata beliau akan datang kembali ke Sarawak pada masa depan bukan sebagai pelancong tetapi untuk penggambaran filem.
"Sudah pasti, saya akan kembali semula ke sini dan melakukan penggambaran di sini. Mungkin untuk filem aksi," katanya.
Pada sidang media yang sama, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengalu-alukan hasrat aktor Hollywood itu.
"Negeri ini sudah pasti akan menyokong penuh hasrat Seagal itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2019
Seagal dikerumuni dalam satu sesi perjumpaan bersama peminat di Kuching. - Bernama
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Filem 'Crossroad: One Two Jaga' menang pengarah terbaik, pelakon pembantu terbaik AIFFA
Filem 'Crossroad: One Two Jaga'merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di sini malam tadi.
Steven Seagal tiba di Kuching
Seagal membuat penampilan istimewa sempena Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 di Kuching, yang berlangsung pada 25 hingga 27 April.
The Way Station menang Anugerah Filem Terbaik AIFFA
Filem "The Way Station"dari Vietnam memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA).
Filem Malaysia & Indonesia dominasi calon AIFFA
Filem dari negara Malaysia dan Indonesia mendominasi senarai pencalonan apabila masing-masing memperoleh 18 pencalonan keseluruhannya.