NIBONG TEBAL:Serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah kilang memproses fucuk yang disyaki beroperasi dalam persekitaran yang kotor membongkar kewujudan tiga lagi kilang memproses bahan sama dalam situasi serupa di perkarangan bersebelahan bekas kandang khinzir di Sungai Bakap, Sungai Jawi di sini hari ini.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata pemeriksaan ke atas keempat-empat kilang fucuk tersebut mendapati berlaku pelanggaran Akta Makanan 1983 membabitkan aspek kebersihan dan juga pakaian pekerja.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah pekerja tidak memakai sarung tangan ketika memproses makanan, berseluar pendek, makanan dihurung lalat, anjing berkeliaran di kawasan memproses makanan selain turut ditemukan najis tikus serta bangkai kucing di dalam kawasan kilang.
"Kesemua kilang ini beroperasi tanpa lesen pihak berkuasa tempatan. Ada yang telah beroperasi selama 40 tahun manakala yang paling baharu telah beroperasi selama lapan tahun. Tempat ini pernah beroperasi untuk ternakan khinzir dan keadaan ini amat mendukacitakan kerana persekitaran amat kotor dan kita tidak tahu sama ada tempat itu telah dibersihkan atau disanitasi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata serbuan itu dilakukan hasil risikan selama tiga minggu dengan sangkaan hanya sebuah kilang beroperasi di situ.
Mohd Wazir berkata susulan pemeriksaan itu pihaknya mengeluarkan empat notis kompaun terhadap kesemua kilang terbabit dengan nilai kompaun keseluruhan berjumlah RM8,500 berserta amaran keras agar mereka menambah baik aspek kebersihan.
Difahamkan tiada arahan henti operasi dikeluarkan memandangkan pelanggaran aspek kebersihan oleh premis terbabit masih di bawah tahap yang membolehkan pihak berwajib berbuat demikian.
Bagaimanapun, Mohd Wazir meminta pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan sewajarnya memandangkan kesemua premis berkenaan beroperasi tanpa lesen.
Difahamkan kilang terbabit membekalkan fucuk ke kedai runcit di sekitar negeri ini dan juga Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021

Pegawai BKKM menunjukkan bekas tapak ternakan babi dan bangkai kucing berhampiran dengan kilang pemprosesan fucuk yang diserbu. - Gambar/ Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

BKKM Pulau Pinang serbu kilang fucuk beroperasi di sebelah bekas kandang babi
Pemeriksaan ke atas keempat-empat kilang fucuk tersebut mendapati berlaku pelanggaran Akta Makanan 1983 membabitkan aspek kebersihan dan juga pakaian pekerja.