JOHOR BAHRU: Sebuah blok bangunan asrama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan di Segamat terbakar pada awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Aizad Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.58 pagi dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 20 anggota.
"Pasukan keluaran operasi bertindak membuat pemadaman menggunakan air tangki pam jentera dan pili bomba berhampiran blok bangunan asrama setinggi dua tingkat itu.
"Kebakaran tersebut memusnahkan 30 peratus daripada keseluruhan bangunan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Operasi memadam kebakaran tersebut tamat sepenuhnya pada 4.03 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023

Sebuah blok bangunan asrama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan di Segamat terbakar pada awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Asrama terbakar: Johor salur bantuan wang tunai, pakaian sekolah kepada pelajar
Bantuan wang tunai RM100 dan baju sekolah diberikan kepada 30 pelajar selepas peralatan dan barangan peribadi mereka musnah dalam kebakaran.

Blok asrama SMK Seri Kenangan di Segamat terbakar
Sebuah blok bangunan asrama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan di Segamat terbakar pada awal pagi tadi.