KUALA LUMPUR: BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding 5.6 peratus pada 2022.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini, cabang Fitch Solutions itu berkata unjuran itu tinggi sedikit berbanding unjuran kerajaan, iaitu pada 5.0 peratus.
"Sehingga separuh pertama 2023, hasil dan perbelanjaan kerajaan persekutuan hampir seiring dengan unjuran yang ditetapkan pada awal tahun, dan trajektori ini, kami percaya bahawa kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasarannya.
"Melihat ke hadapan, kami menjangkakan defisit belanjawan akan menguncup kepada 4.3 peratus daripada KDNK pada 2024," katanya.
Sementara itu, BMI juga meramalkan pertumbuhan hasil menjadi perlahan sedikit kepada 15.3 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 16.5 peratus daripada KDNK pada 2022 disebabkan oleh pengurangan cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk pendapatan tertentu.
"Sehingga separuh pertama 2023, kutipan hasil kerajaan persekutuan berada pada 51.1 peratus daripada sasaran bagi 2023 dan berada di atas purata lima tahun sebanyak 47.8 peratus.
"Kutipan hasil bagi separuh pertama 2023 berada pada RM148.4 bilion, naik 16.8 peratus tahun ke tahun dan terutamanya disebabkan oleh peningkatan kutipan hasil cukai," katanya.
Ia berkata jumlah hasil cukai daripada cukai langsung dan tidak langsung meningkat 17.4 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2023 kepada RM54.7 bilion.
"Daripada jumlah ini, kenaikan cukai langsung yang dikutip disebabkan oleh cukai pendapatan yang lebih tinggi mengatasi penurunan levi keuntungan durian runtuh ke atas minyak sawit mentah, yang membawa kepada cukai tidak langsung yang lebih rendah," katanya.
Di samping itu, BMI menjangkakan jumlah hutang kerajaan mencecah 60.8 peratus daripada KDNK pada 2023, menandakan peningkatan kecil daripada 59.6 peratus daripada KDNK pada 2022, angka tersebut berada di bawah had hutang berkanun yang disemak semula pada 65.0 peratus.
"Selain itu, sehingga Jun 2023, jumlah hutang kerajaan persekutuan sebanyak RM1,145.0 bilion (60.6 peratus daripada KDNK) adalah sejajar dengan ramalan kami.
"Daripada ini, 97.3 peratus daripada jumlah hutang kerajaan adalah sekuriti dalam denominasi ringgit, yang mengehadkan pendedahan kepada risiko pertukaran asing," katanya.
Ia menyatakan bahawa kerajaan juga telah membentangkan rancangan untuk menurunkan paras defisit fiskal dalam jangka sederhana.
Menurut Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana 2023-2025, kerajaan merancang untuk mengurangkan defisit fiskalnya secara beransur-ansur kepada 3.2 peratus menjelang akhir 2025, yang akan menjadikan purata 4.1 peratus daripada KDNK untuk 2023-2025.
"Kami menjangkakan jumlah hutang kerajaan akan meningkat pada tahun-tahun akan datang kerana negara terus mengalami defisit belanjawan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

BMI juga meramalkan pertumbuhan hasil menjadi perlahan sedikit kepada 15.3 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 16.5 peratus daripada KDNK pada 2022.- Gambar fail/Unsplash
Parlimen Didesak Lulus Pindaan Perlembagaan dan Perhalusi RUU Perkhidmatan Parlimen
Beberapa pertubuhan bebas telah menggesa Parlimen agar meluluskan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 2025 serta memperhalusi Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen (PSA).

WFP tutup pejabat di Afrika Selatan susulan pemotongan dana AS
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengumumkan pada Isnin bahawa ia menutup pejabatnya di Afrika Selatan.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.84 mata atau 0.69 peratus kepada 1,560.55 daripada penutup semalam pada 1,571.39.
KWSP: Kerajaan belum cadang wajibkan pencarum Islam pilih simpanan Syariah
Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan golongan pekerja beragama Islam untuk mencarum dalam simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bagaimananpun optimis penyamaan kadar dividen KWSP syariah dan konvensional, iaitu 6.3 peratus seperti yang diumumkan baru-baru ini, membuktikan keyakinan tinggi terhadap pelaburan patuh syariah.
Bagaimanapun beliau berkata, rekod penyamaan dividen itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan mereka dalam kategori itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bagaimananpun optimis penyamaan kadar dividen KWSP syariah dan konvensional, iaitu 6.3 peratus seperti yang diumumkan baru-baru ini, membuktikan keyakinan tinggi terhadap pelaburan patuh syariah.
Bagaimanapun beliau berkata, rekod penyamaan dividen itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan mereka dalam kategori itu.
KWSP ditubuhkan untuk masa depan pencarum - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata KWSP ditubuhkan untuk menjamin masa depan pencarum tetapi jika bukti keadaan terlalu mendesak, pengurusan KWSP akan beri sedikit kelonggaran. Ini berkaitan soalan yang diajukan oleh YB Shahidan Kasim tentang pemindahan KWSP akaun satu ke KWSP akaun tiga. #AWANInews
Keluar KWSP awal ibarat 'mendera', 'menghukum' pencarum berkenaan - PM
Langkah membenarkan pencarum untuk terus mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka sebelum tiba masanya, seolah-olah seperti mendera dan menghukum kumpulan berkenaan apabila mereka bersara kelak.
Perdana Menteri berkata, statistik menunjukkan majoriti pencarum daripada kalangan kaum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan mereka akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
Perdana Menteri berkata, statistik menunjukkan majoriti pencarum daripada kalangan kaum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan mereka akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
Caruman pekerja asing lindungi kepentingan pekerja tempatan
Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing adalah, antara lainnya, untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.

Lenovo perlihat konsep komputer riba 3D boleh dikawal melalui cincin
Komputer riba ini ditujukan kepada jurutera dan perekabentuk untuk memudahkan pembangunan projek visual.
Peningkatan productiviti tetapi upah tidak setimpal - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji mempunyai kaitan dengan peningkatan produktiviti di negara luar tetapi di Malaysia produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Untuk menaikkan produktiviti, peningkatan kemahiran seperti TVET, perkenalkan beberapa disiplin baharu seperti AI dan teknologi baru di universiti dan pusat latihan. #AWANInews

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

BMI kekal unjuran defisit belanjawan Malaysia pada 4.9 peratus
BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).