KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited dalam usaha menyebar luas keistimewaan dan manfaat Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dengan melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 buat kali kelima bermula Jumaat.
Penganjuran BMS 2022 oleh PTPTN, yang juga agensi di bawah bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut bertujuan menjadi platform menggalakkan budaya menabung dalam kalangan Keluarga Malaysia serta bersempena Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad, berkata, BMS 2022 yang dijalankan serentak di seluruh negara itu bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat dengan menabung melalui Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.
Jelasnya, dengan tema baharu serta pelbagai aktiviti dan hadiah menarik yang disediakan bersempena program tersebut, beliau berharap BMS 2022 akan mendapat sambutan yang luar biasa selain memberi peluang kepada pengunjung yang membuat simpanan akaun.
“Antara keistimewaan yang ditawarkan termasuklah pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin kerajaan," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran BMS 2022, pada Jumaat.
Menurut Noraini, seiring BMS SSPN 2022 dan dalam usaha memperkasa atau cakna menabung, PTPTN sendiri menyasarkan sebanyak RM150 juta jumlah deposit Simpan SSPN.
Beliau maklumkan, sehingga 31 Ogos lalu, PTPTN telah merekodkan sebanyak RM12.81 bilion deposit Simpan SSPN dengan bilangan akaun berjumlah RM5.5 juta.
Tambahnya, peningkatan ketara itu mencerminkan tahap keyakinan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa di negara ini terhadap sebagai Simpan SSPN sebagai skim simpanan terbaik untuk masa depan pendidikan anak-anak mereka.
Sementara itu, buat julung kalinya, BMS 2022 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000 untuk 25 pemenang di peringkat nasional serta hadiah berupa pelbagai barangan yang menarik untuk 84 pemenang di peringkat negeri
Sepanjang BMS SSPN 2022 berlangsung, iaitu bermula Jumaat sehingga 31 Oktober ini, PTPTN akan turun padang untuk berjumpa dengan orang ramai dalam usaha meningkatkan lagi literasi kewangan dalam kalangan masyarakat.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Sun Oct 02 2022
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad ketika menyampaikan hadiah wang tunai bernilai RM 2,525 kepada Lee Yung Chok, salah seorang pemenang Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ketika majlis pelancaran BMS 2022.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
BMS 2022 perkasa budaya menabung, sasar RM150 juta jumlah deposit
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited dalam usaha menyebar luas keistimewaan dan manfaat Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dengan melancarkan BMS 2022.