KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 sempena sambutan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.
Buat julung kalinya sejak dilaksanakan pada 2018, BMS tahun ini dilaksanakan secara jelajah (road tour) ke 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia bermula 1 hingga 31 Oktober 2023.
Membawa tema “Robotik: Ke Arah Transformasi Dunia Pendigitalan”, BMS 2023 mengekalkan cogan kata ‘Jom Jadi Superhero Anak Anda’, terus komited dengan matlamatnya menyeru ibu bapa supaya menabung untuk anak-anak bersama Simpan SSPN.
Kempen ini menjadi usaha pemerkasaan penabungan untuk memastikan setiap ibu bapa menjadi adiwira kepada anak-anak dengan mempunyai perancangan kewangan untuk pendidikan tinggi anak-anak, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
“Dalam tempoh 19 tahun Simpan SSPN diperkenalkan, pencapaian depositnya sentiasa menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun, sehingga 31 Ogos 2023, jumlah deposit Simpan SSPN adalah RM15.81 bilion dengan 6.04 juta akaun. Ini membuktikan Simpan SSPN terus cemerlang sebagai produk simpanan terbaik pilihan ibu bapa.
“Berdasarkan kutipan deposit yang memberangsangkan dalam tempoh lima tahun penganjuran BMS, saya optimis ia terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Malaysia. Justeru, tahun ini PTPTN sasar jumlah deposit Simpan SSPN bagi BMS 2023 sebanyak RM220 juta,” kata Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim pada majlis pelancaran BMS 2023 di pusat beli belah Sunway Pyramid pada Ahad.
Turut sama hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian; dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.
Pada majlis tersebut, turut disampaikan hadiah kepada dua pemenang Cabutan Siri WOW! Syoknya Raya yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,023.
“Aspirasi saya adalah anak-anak, sebab akan datang perbelanjaan pendidikan memang sangat mustahak.
“Jadi ini adalah satu peluang yang kita harus sambut,” kata Mohd Yazeed Othman, 37, seorang juruteknik dari Petaling Jaya, Selangor yang mula menyimpan bersama Simpan SSPN untuk lima orang anaknya sejak tahun lepas.
Sementara itu, Machap Balaraman, 39, seorang pengawal keselamatan dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan tidak menyangka penabungan untuk tiga orang anaknya yang dibuka pada awal tahun ini membawa tuah buat keluarganya.
“Terima kasih PTPTN dan saya seru ibu bapa buatlah tabungan pendidikan anak-anak demi masa depan mereka untuk melanjutkan pelajaran, ia memang cara yang baik," katanya.
Pelbagai pengisian menarik dianjurkan sepanjang empat hari program berlangsung di Blue Atrium Sunway Pyramid bermula 28 September tempoh hari, antaranya pertandingan Robotik, PTPTN ‘E-Sport Challenge’, juga pertandingan ‘Action Song Simpan SSPN’ yang disertai para pelajar sekolah rendah.
“Bagus begini, dengan menyertai pertandingan ini para pelajar boleh belajar mengenai kepentingan menabung dan tentang Simpan SSPN menerusi bait-bait lirik lagu yang mereka persembahkan.
“Program jelajah BMS ini pun sangat bagus supaya pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan menabung itu dapat disebar dengan lebih luas lagi,” ujar Fatimah Nurhanisah Zailani, guru dari Sekolah Kebangsaan Desa Petaling yang memenangi tempat pertama pertandingan ‘Action Song’.
Seperti tahun sebelumnya, Cabutan BMS 2023 diteruskan dengan hadiah wang tunai bernilai RM75,000 untuk dimenangi 66 orang pemenang.
Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM8,000 setahun; perlindungan takaful ke atas pendeposit; dividen yang kompetitif; Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak; patuh syariah; dan simpanan dijamin Kerajaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai BMS 2023, layari https://www.ptptn.gov.my/BMS2023.
Israr Khalid
Mon Oct 02 2023

Mohd Yazeed Othman, 37, salah seorang pemenang Cabutan Siri WOW! Syoknya Raya yang disampaikan pada majlis pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN 2023.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
Mula menabung dengan Simpan SSPN untuk membiayai pendidikan anak di institusi pengajian tinggi tanpa perlu meminjam wang lagi.

Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.

PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.

Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.

PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.

Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.

PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.

KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.

180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.

PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.