KUALA LUMPUR: Bank-bank utama telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberikan pengecualian fi urus niaga ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR, kata kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Penolong Gabenor BNM Suhaimi Ali dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata bank-bank berkenaan juga menguruskan lebih 80 peratus daripada perniagaan yang menerima pembayaran melalui DuitNow QR.
"Bagi individu pula, pelanggan kekal tidak dikenakan sebarang caj bagi pembayaran yang tidak melebihi RM5,000 melalui DuitNow QR. Ia adalah satu jumlah yang agak besar untuk urus niaga individu," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pasar Kitar Cashless Langkawi di Kedah.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kegusaran yang timbul susulan pengenaan fi urus niaga untuk perkhidmatan DuitNow QR.
Suhaimi turut menasihatkan orang ramai untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.
BNM telah meminta institusi perbankan untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan untuk menyekat penipuan kewangan seperti peralihan daripada menggunakan kata laluan sekali sahaja atau lebih dikenali sebagai OTP yang berasaskan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kaedah yang lebih selamat apabila membuat pindahan wang secara dalam talian.
Menurutnya, Pusat Respons Scam Kebangsaan juga telah ditubuhkan dengan talian hotline 997 berfungsi untuk menyelaras tindak balas pantas bagi membanteras penipuan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Bank-bank utama telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberikan pengecualian fi urus niaga ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR. - Gambar hiasan/BERNAMA
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pelancong Korea kini boleh imbas QR DuitNow untuk pembayaran di Malaysia
Usahasama antara BC Card dan PayNet ini sekali gus akan merancakkan lagi kaedah pembayaran kedua negara tanpa memerlukan pertukaran mata wang.
BNM beri penjelasan mengenai fi urus niaga bagi penggunaan DuitNow QR
Bank-bank utama telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberikan pengecualian fi urus niaga ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.
Ka Siong perjelas rasional perjuangkan mansuh caj DuitNow QR
Katanya, ia perlu disokong agar pembayaran tanpa tunai dapat diperluas dan menguntungkan semua pihak - pengguna, peniaga, bank dan kerajaan.
Caj transaksi DuitNow QR: Bank Negara sertai mesyuarat Naccol Selasa ini
Fuziah berkata caj transaksi bagi penggunaan platform berkenaan, dikhuatiri akan merencatkan program digitalisasi negara sebagaimana yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Yuran transaksi bayaran DuitNow QR tidak bebankan golongan pendapatan rendah - Anwar
Anwar berkata telah bertemu Gabenor BNM Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.