KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur yang ke-50 (KL50).
Menurut kenyataan BNM pada Isnin, duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) dan Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).
Duit Syiling Peringatan Perak Sterling mempunyai berat 31 gram dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5.
Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual pada harga RM275 sekeping, dengan sejumlah 1,000 keping telah ditempa, jelas BNM.
Sementara itu, Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated pula mempunyai berat 8.5 gram serta diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain.
Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping, dengan sejumlah 5,000 keping telah ditempa.
BNM menjelaskan duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk set dua dalam satu untuk jualan pada harga RM330.
"Setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic. Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022
![BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur ke-50 BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur ke-50](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668401822_BankNegara.jpg)
Terdapat dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna dan Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated. - www.bnm.gov.my/-/kl-50years-coins
AWANI Ringkas: Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739269721_KPDNRampasan.jpg)
KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.
AWANI 7:45 [11/2/2025] – Tamatkan Konflik Palestin-Israel | Persepsi Rasuah Sektor Awam | Pemulihan Aset 1MDB Berterusan | Polis Yakin Dapat Tangkap Suspek
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
![AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739267504_TBKHAIRIEAHMAD.jpg)
AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar
Kecerdasan buatan (AI) bukanlah ancaman besar kepada masyarakat kerana ia tidak akan mampu menggantikan tugas manusia.
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733200541_TBBNM.jpg)
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
![Bank Negara Malaysia keluarkan duit syiling khas 100 tahun UPSI Bank Negara Malaysia keluarkan duit syiling khas 100 tahun UPSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702882534_TBUPSIulangtahun.jpg)
Bank Negara Malaysia keluarkan duit syiling khas 100 tahun UPSI
Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
![BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur ke-50 BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur ke-50](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668401822_BankNegara.jpg)
BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur ke-50
Terdapat dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna dan Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated.
![BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Kilang Wang BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Kilang Wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664353429_TBSYILING.jpg)
BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Kilang Wang
Kilang Wang telah menghasilkan duit syiling yang cantik dengan reka bentuk yang disukai rakyat Malaysia sejak lima dekad lalu.