KUALA LUMPUR: MONSTA, sebuah syarikat harta intelek yang juga francais bagi watak BoBoiBoy baru sahaja melancarkan iklan acah poster BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dan bersedia untuk menaiki rollercoaster dalam perkadaran epik pada Disember ini.
Pengarah Pemasaran MONSTA Faiz Zainal Aabidin berkata Musim 2 siri animasi ini bersedia untuk memukau hati peminat di seluruh dunia apabila semua penonton sekali lagi dapat bersama-sama menyertai pengembaraan BoBoiBoy.
"BoBoiBoy Galaxy Musim 2 akan memberi tumpuan kepada pengembaraan susulan peristiwa filem kedua. Setiap set episod akan memperkenalkan arka baharu (plot), menyelami wilayah cabaran baharu yang belum dipetakan dan detik mengharukan dengan wajah baharu, sambil membawa kembali watak sedia ada.
"Usaha menggabungkan semua aspek ini diyakni merupakan penyumbang utama kejayaan berterusan francais. Dedikasi mereka terhadap kualiti dan kecemerlangan penceritaan memastikan Musim 2 akan menjadi pengalaman yang cemerlang, memukau penonton dari semua peringkat umur dan latar belakang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata MOSTA (dahulunya dikenali sebagai Animonsta Studios) berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama dalam industri animasi dengan keberadaan di 70 negara di seluruh dunia.
"Walaupun tidak berada di layar perak sejak tayangan filem blockbuster kedua pada 2019 dan musim pertama pada 2016, francais Boboiboy terus mengumpul beribu-ribu pengikut di platform media sosial, meraih pelanggan YouTube dan diundi sebagai filem animasi tempatan kedua paling popular menerusi tinjauan pendapat terkini Anugerah TikTok 2023.
Beliau berkata kualiti dan penceritaan BoBoiBoy Galaxy Musim 2 diyakini akan memukau penonton dari semua peringkat umur dan latar belakang belakang.
"Jadi, jangan lupa pada Disember 2023 nanti, Monsta kembali setelah berehat selama lima tahun untuk tanyangan memukau BoBoiBoy," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023

Faiz berkata MOSTA berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain utama dalam industri animasi dengan keberadaan di 70 negara di seluruh dunia. - Gambar Bernama

Lelaki panjat Big Ben kibar bendera Palestin ditahan
Seorang lelaki yang memanjat bahagian bawah Menara Elizabeth Big Ben di Istana Westminster, London pada awal pagi Sabtu telah ditahan pihak berkuasa Britain.

'Bukan mudah untuk bangkit semula' - Mira Filzah syukur lakonan dalam filem Indonesia raih pujian
Dia sangat tersentuh dengan sokongan yang diberikan sehingga berkongsi beberapa komen positif yang diterimanya di Instagram Story.
[TERKINI] Lelaki bunuh, bakar ibu kandung diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah, hari ini memerintahkan seorang pengawal keselamatan, Abd. Rahman Harun yang berdepan pertuduhan membunuh ibu kandungnya, menjalani penilaian psikiatri selama sebulan. Arahan dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah selepas permohonan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nur Huda Diyanah Amir Hamzah mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Ramanan sumbang gaji, elaun dan 6,000 paket bubur lambuk di Sungai Buloh
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menyumbangkan keseluruhan gaji dan elaunNya kepada enam surau serta mengagihkan 6,000 paket bubur lambuk sepanjang bulan Ramadan di Parlimen Sungai Buloh
202 Lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.

Kes bakar ibu: Lelaki OKU mental diarah dirujuk ke hospital psikiatri
Seorang pengawal keselamatan yang mempunyai sejarah penyakit mental diperintahkan menjalani penilaian psikiatri selama sebulan.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Universiti Jepun perkenal program AI untuk latihan pelajar perubatan
Universiti Nagasaki di barat daya Jepun dan sebuah syarikat pembangunan sistem tempatan memperkenalkan program kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pelajar perubatan berlatih.
Serpihan SpaceX Starship jejas 240 penerbangan
Lebih 240 penerbangan terjejas dengan 24 pesawat diarah mengubah haluan berikutan kebimbangan pelanggaran dengan serpihan kapal angkasa SpaceX Starship yang meletup di udara ketika pelancarannya kelmarin.

Wajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum daki Gunung Kinabalu
Mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu antara langkah terbaik dalam memastikan keselamatan setiap pendaki, terutamanya dalam kalangan warga emas.

BoBoiBoy Galaxy Musim 2 temui peminat pada Disember
MONSTA, baru sahaja melancarkan iklan acah poster BoBoiBoy Galaxy Musim 2 dan bersedia untuk menaiki rollercoaster dalam perkadaran epik pada Disember ini.