BUTTERWORTH: Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Bagaimanapun, beliau berkata hal itu tertakluk kepada keputusan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana projek tersebut di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya kerajaan negeri.
"Projek (teksi air) ini adalah merupakan inisiatif oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebab itu perkhidmatannya hanya disediakan di bahagian pulau.
"Tambahan projek ini baru di peringkat percubaan dan belum mula lagi, jadi, kita tak tahu bagaimana maklum balas daripada pengguna, tetapi, sekiranya terbukti ada sambutan mungkin boleh dipertimbangkan namun ia bergantung kepada MBSP yang bertanggungjawab di bahagian Seberang Perai," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Memasak Bubur Lambuk di Masjid Jamek Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini, hari ini.
Chow mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang mencadangkan supaya perkhidmatan feri air turut diperluaskan ke Seberang Perai kerana kawasan itu juga berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.
Media pada Disember lepas melaporkan perkhidmatan teksi air yang pertama dan lengkap di negeri ini dijangka memulakan perkhidmatan tahun ini sebagai alternatif perkhidmatan pengangkutan yang mudah dicapai orang awam di kawasan pulau.
Perkhidmatan teksi air merupakan sebahagian daripada rancangan yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bersama penduduk setempat memasak bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk bersama Ketua Menteri Pulau Pinang di Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang hari ini. - Foto Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan - Chow
Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan.