Ibu bapa calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) anak mereka boleh membuat rayuan untuk semakan semula kertas peperiksaan, kata Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Pengarah LPM Datin Nawal Salleh berkata rayuan semakan dibuka sejak semalam dan boleh dibuat dalam tempoh sebulan dan menurutnya setakat ini LPM telah menerima 20 permohonan dan jumlah itu dijangka meningkat.
"Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan borang rayuan boleh dimuat turun melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan (lp.moe.gov.my) dan dipos semula kepada pihak kami.
"Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang ingin disemak," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sidang media itu diadakan bagi memberi penjelasan mengenai keputusan UPSR 2016 yang diumumkan semalam selepas terdapat ibu bapa calon peperiksaan itu menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap format baharu peperiksaan itu.
Calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksa-naan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Mengulas mengenai bayaran RM50 itu, Nawal berkata ini kerana semakan semula melibatkan beberapa proses rumit antaranya mencari transkrip peperiksaan calon dan melantik semula pemeriksa.
Beliau berkata apa yang ibu bapa perlu tahu bahawa dalam format baharu UPSR, soalan yang diajukan adalah bagi melihat sama ada murid-murid boleh mempamerkan kemahiran berfikir atau tidak.
Katanya KBAT merupakan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melahirkan modal insan yang berkualiti untuk dijadikan pemimpin masa hadapan serta mempunyai kemahiran berfikir.
"Oleh itu, Lembaga Peperiksaan membuat keputusan untuk memasukkan elemen kemahiran berfikir di dalam soalan-soalan peperiksaan (sejak 2011), yang bukan hanya tertumpu kepada UPSR, tetapi juga dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
"Soalan-soalan yang disediakan itu berpaksikan dalam melahirkan modal insan berkualiti berteraskan kepada empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek," katanya dan menjelaskan format peperiksaan UPSR telah tidak berubah hampir 10 tahun.
Nawal berkata UPSR telah menjadi polemik kerana masyarakat hanya mahu melihat beberapa banyak A diperolehi anak mereka dan menurutnya peperiksaan bukan sekadar untuk menilai A yang diperolehi pelajar tetapi kecemerlangan daripada semua aspek.
Ditanya mengenai kebimbangan ibu bapa sekiranya anak mereka tidak dapat masuk ke sekolah berasrama penuh berikutan tidak memperoleh keputusan semua A, beliau berkata kriteria pemilihan memasuki sekolah itu akan disesuaikan dengan keputusan.
Dalam pada itu, Nawal turut menasihati guru agar menggunakan data seseorang murid untuk memberi tumpuan bagaimana untuk meningkatkan tahap kemahiran murid. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
Semakan semula melibatkan beberapa proses rumit antaranya mencari transkrip peperiksaan calon dan melantik semula pemeriksa. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
UNRWA berdepan ancaman kewujudan selepas larangan Israel
UNRWA terus beroperasi di Gaza meskipun diharamkan oleh Israel. Pesuruhjaya Philippe Lazzarini menegaskan agensi itu kekal memberi bantuan kepada pelarian Palestin walaupun berdepan tekanan global.
Resipi radikalisme: jordan angkat bendera amaran terhadap pelan trump
Rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza ke Jordan dianggap sebagai ancaman besar yang berpotensi mencetuskan radikalisme dan kekacauan di seluruh Asia Barat.
WHO: krisis kesihatan Gaza kritikal, kemudahan perubatan terhad
WHO mendedahkan sistem kesihatan Gaza lumpuh dengan hospital dan pusat kesihatan beroperasi sebahagian. Pihaknya gesa pembukaan Rafah diperluas bagi rawatan pesakit di Mesir.
Konflik Gaza: Israel serah Gaza kepada A.S setelah konflik berakhir – Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Khamis umum bahawa Israel akan menyerahkan Kawasan Gaza kepada Amerika Syarikat setelah konflik berakhir.
ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang
Turun dalam aksi wajib menang, Miroslav Kuljanac memilih corak permainan bertahan berbanding tuan rumah yang mempamerkan corak menyerang.
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
SPM 2020: Apa rahsia kecemerlangan keputusan di sebalik cabaran pandemik?
Keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini membuka lebih banyak persoalan berbanding jawapan.
Format peperiksaan SPM 2020 kekal - Lembaga Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada.
COVID-19: KPM keluarkan garis panduan peperiksaan awam baharu
KPM mengeluarkan garis panduan baharu selaras dengan kelaziman baharu untuk menduduki peperiksaan awam.
NUTP gesa kementerian beri pencerahan berhubung ujian tingkatan tiga
NUTP menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan satu kenyataan rasmi kepada warga pendidik berhubung peperiksaan percubaan bagi murid tingkatan tiga.
SPM: Dulu 6 mata pelajaran wajib, sekarang BM sahaja tapi ...
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada kali pertama atau ulangan layak untuk mengambil satu mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia.
Guru wanita maut, kereta langgar pembahagi jalan di LPT2
Seorang guru wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan.
PBS gilap potensi akademik, kokurikulum pelajar secara seimbang - LPM
Dr Rahimah Adam berkata hal ini kerana PBS menilai aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Boleh rayu semakan semula kertas peperiksaan UPSR - LPM
Ibu bapa calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah anak mereka boleh membuat rayuan untuk semakan semula kertas peperiksaan, kata Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Mahkamah Tinggi batal saman berhubung kebocoran kertas UPSR
Mahkamah membatalkan saman seorang pelajar lelaki yang menghidapi disleksia terhadap Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kerajaan berhubung kebocoran dalam peperiksaan UPSR.