BUTTERWORTH: "Suami minta saya potong rambutnya dan beritahu esok (hari ini) gaji kalau ada rezeki nak bawa beli baju sekolah anak-anak," kata isteri kepada Mohd Izwan Illias, anggota bomba yang dikhuatiri lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin, malam semalam.
Jamaliah Abd Majid, 42, berkata sebelum kejadian itu suaminya seperti berlengah-lengah nak pergi kerja malah, ketika hendak keluar bekerja kira-kira 7.15 malam semalam, dia (suami) tak menoleh ke arahnya seperti kebiasaan yang dilakukannya.
Suri rumah itu berkata suaminya banyak menunjukkan perubahan beberapa minggu lepas apabila kurang bercakap berbanding kebiasaannya selain sering berpesan supaya dia berdikari dan menjaga anak-anak dengan baik.
Ibu kepada lima anak berusia empat hingga 16 tahun itu reda dengan kejadian tersebut dan berharap suaminya dapat segera ditemukan dalam keadaan apa sekalipun.
Jamaliah berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh anggota bomba yang datang ke rumahnya di Permatang Pak Maras Penaga, sekitar 11 malam.
"Sejak awal lagi saya dah rasa tak sedap hati sebab biasanya kalau kerja syif malam, suami akan telefon sekitar 9 atau 10 malam bertanya keadaan saya dan anak-anak, tapi malam tadi sampai pukul 11 pun dia tak telefon.
"Dunia saya seolah-olah gelap sebaik pintu rumah diketuk oleh anggota bomba yang memaklumkan suami jatuh dari bot dan meminta saya bersabar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Jamaliah menyifatkan suaminya seorang yang penyayang dan sering mengutamakan keperluan dia dan anak-anak biarpun dari luar perwatakannya dilihat seperti seorang yang bengis.
"Saya kena terima, ini bukan mimpi tapi kenyataan. Memang sakit nak terima (kenyataan) tapi, kalau kita rasa kita sayang dia (suami), sebenarnya Allah lebih menyayangi dia," katanya.
Sementara itu, bapa mangsa Illias Othman, 77, berkata kali terakhir dia bertemu dengan anak ketiga daripada enam beradik itu adalah dua hari lepas ketika dia singgah di rumah memaklumkan mahu pergi ke Pulau Bunting di Yan, Kedah untuk menjalani latihan.
"Saya memang selalu berpesan kepada dia (Mohd Izwan) supaya sentiasa menjaga diri, kerja elok-elok dan berhati-hati ketika bertugas.
"Tapi nak buat macam mana, kejadian ini tidak dijangka dan saya harap dia dapat segera ditemukan," katanya yang menyifatkan mangsa seorang anak yang baik.
Kejadian pada 10.10 malam semalam dikatakan berlaku semasa Mohd Izwan, 42, bersama seorang lagi rakan sekerja hendak menambat bot di jeti itu usai melakukan pengujian enjin.
Operasi mencari mangsa yang merupakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth itu dilakukan secara besar-besaran hari ini membabitkan 50 anggota menggunakan sembilan bot milik JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga bantuan daripada bot nelayan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024

Kejadian pada 10.10 malam semalam dikatakan berlaku semasa Mohd Izwan bersama seorang lagi rakan sekerja hendak menambat bot di jeti itu usai melakukan pengujian enjin. - Gambar Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam
Empat individu termasuk dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di tiga lokasi berbeza di Sarawak.

SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.