KEMPAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesahkan berlaku pencemaran bahan buangan berbahaya berpunca daripada sisa industri di Tali Air Kampung Baru Sri Aman, dekat sini.
Pencemaran dikesan bermula dari tali air ke Sungai Tawakal hingga Sungai Pandan melibatkan radius satu kilometer.
Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata bahan cemar yang dikesan disyaki kimia yang mengeluarkan bau seperti minyak diesel.
"Kita dapat kesan sisa buangan yang kelihatan seperti minyak hitam dan disahkan alat pengesan merupakan methyl alcohol dengan H2O termasuk metanol bahan toksik fatal ingest flammable yang merupakan sisa buangan industri.
"Bomba perlu buat pengosongan radius 1 km membabitkan lebih kurang 25 keluarga dan 102 ahli keluarga yang kita minta pindah ke Balai Raya Kampung Sinaran sehingga keadaan terkawal," kata Yahaya.
Menurut Yahaya, bomba bertindak pantas dengan membuat kepungan di air menggunakan kaedah oil bomb bagi mengelakkan penyebaran bahan cemar.
BACA: Penduduk sesak nafas, tumpahan bahan kimia dikesan di kawasan anak sungai Seelong
Kejadian lewat malam Selasa mengakibatkan empat penduduk dibawa ke hospital selepas dilaporkan mengalami sesak nafas.
Malah ada di antara penduduk difahamkan pengsan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
BACA: 'Sesak nafas sampai ada yang pengsan' - Penduduk gempar bau kuat dari anak sungai Seelong
Sehingga jam 11 pagi, keadaan dilaporkan terkawal dan semua 102 penduduk yang dipindahkan dijangka pulang ke rumah hari ini.
Bomba mengatur gerak 40 pegawai dan anggota, termasuk pasukan khas bahan kimia berbahaya Hazmat di kawasan itu.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Sep 15 2021
![Bomba Johor kesan pencemaran sisa industri berbahaya di lokasi tali air Bomba Johor kesan pencemaran sisa industri berbahaya di lokasi tali air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631680997_pencemaran.jpg)
Yahaya (kiri) melihat keadaan pencemaran di Tali Air Sungai Tawakal ke Sungai Pandan di Kampung Baru Sri Aman. -Astro AWANI
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
Bantuan ke Gaza: Misi ketujuh ke Gaza dari Singapura berlepas hari ini
Sejak bermulanya konflik pada Oktober 2023, Singapura telah menghantar bantuan kemanusiaan untuk Gaza bernilai lebih S$19 juta (AS$14 juta).
Sanggup mati enggan serah bumi Gaza
Penduduk Gaza dengan tegas menolak rancangan Donald Trump untuk menempatkan semula mereka di luar wilayah itu.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi Komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura Secured Technologies (Sapura) dan syarikat berpangkalan di Turkiye, Aselsan A.S. (Aselsan) telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
Sapura dalam satu kenyataan media berkata, kerjasama penting itu dijangka memacu inovasi teknologi dan kerjasama ekonomi dalam sektor pertahanan dan keselamatan awam.
Sapura dalam satu kenyataan media berkata, kerjasama penting itu dijangka memacu inovasi teknologi dan kerjasama ekonomi dalam sektor pertahanan dan keselamatan awam.
"Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan" - Mazuin Hamzah
Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan. Itu kata penyanyi terkenal era 80-an, Datuk Laila Utama Mazuin Hamzah di pertandingan akhir Gegar Vaganza musim ke-11.
![Pencemaran bau: Kandungan bahan kimia dikesan di Sungai Pandan - Bomba Pencemaran bau: Kandungan bahan kimia dikesan di Sungai Pandan - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725353465_LingTianSoon.jpg)
Pencemaran bau: Kandungan bahan kimia dikesan di Sungai Pandan - Bomba
JBPM Johor telah mengambil sampel air dan tanah di Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan susulan pencemaran bau kimia.
![Warga emas tahan sakit lebih 20 minit akibat tersangkut di atas pokok rambutan Warga emas tahan sakit lebih 20 minit akibat tersangkut di atas pokok rambutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616992561_gayat.jpg)
Warga emas tahan sakit lebih 20 minit akibat tersangkut di atas pokok rambutan
Kaki mangsa tersangkut di dahan pokok itu pada ketinggian tiga meter.
![COVID-19: Bomba Johor terjejas, lapan anggota positif, 176 dikuarantin COVID-19: Bomba Johor terjejas, lapan anggota positif, 176 dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612954426_YahayaMadis.jpg)
COVID-19: Bomba Johor terjejas, lapan anggota positif, 176 dikuarantin
Sebanyak empat balai bomba di negeri Johor turut terjejas dan anggota terpaksa dijajarkan ke balai bomba berhampiran.