AMPANG: Empat sahabat berdepan detik cemas apabila tersesat ketika melakukan aktiviti kembara hutan di Bukit Saga, Taman Saga, di sini pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua wanita berkenaan bagaimanapun bernasib baik apabila dapat kekal berhubung melalui talian telefon untuk meminta bantuan.
Menurutnya, sebuah jentera bersama Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba Pandan dikerahkan sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.31 petang.
"Pasukan penyelamat tiba di lokasi pada jam 5.43 petang dan operasi menyelamat mangsa dijalankan. Semua mangsa dapat dihubungi melalui talian telefon dan dimaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kedudukan mangsa dianggarkan sejauh dua kilometer dari pusat kawalan bencana (PKB)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Norazam berkata, kesemua mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia lingkungan 28 ke 32 tahun itu ditemui dalam keadaan selamat sekitar jam 8.04 malam dan dalam perjalanan keluar.
"Pihak bomba bersama empat anggota polis sedang bergerak keluar dari lokasi mangsa ditemui ke PKB," ujarnya.
Artiel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 23 2022

Empat sahabat berdepan detik cemas apabila tersesat ketika melakukan aktiviti kembara hutan di Bukit Saga, Taman Saga, pada Sabtu. - Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

11 termasuk dua remaja didakwa edar dadah
Seramai 11 sahabat terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret,pada Isnin atas tiga pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 19 kilogram (kg) di Skudai.

Bomba selamatkan empat wanita sesat dalam hutan
Empat sahabat berdepan detik cemas apabila tersesat ketika melakukan aktiviti kembara hutan di Bukit Saga, Taman Saga, pada Sabtu.

Mengenang Tun Ahmad Sarji: Saya hilang mentor, guru dan sahabat - Shabery Cheek
Negara kehilangan seorang tokoh yang telah menyediakan standard tinggi kepada sistem pentadbiran Malaysia.

Hanya Tersenyum lagu khas untuk Tony - Tam Spider
Lagu tersebut dicipta oleh Tam khusus sebagai tanda ingatan persahabatan dengan Allahyarham Tony yang telah terjalin sekian lama.

AJ Pyro lelong sarung tangan demi bantu rakan baik
Peninju profesional sukan seni tempur campuran (MMA) AJ Pyro Lias Mansor sanggu menjual sarung tangan kesayangannya demi membantu sahabatnya.

Gajah serang tanaman FELDA dipindahkan ke hutan simpan
FELDA dan peneroka menanggung kerugian akibat kerosakan tanaman sawit yang mencecah RM430,000 dalam tempoh enam bulan sejak Januari lalu.

Duta China guna peribahasa Melayu dalam ucapan sempena ulang tahun hubungan Malaysia-China
Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian menggunakan pepatah Melayu "Bukit Sama Didaki, Lurah sama Dituruni' dalam ucapan beliau untuk memperingati Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.

'Begini rasanya... kehilangan sahabat' - Allahu sebaknya nukilan Baim Wong buat Ashraf Sinclair
Perit rasanya apabila kehilangan sahabat baik...

'Along rindu mak ayah', tertuduh minta maaf pada keluarga Zulfarhan
Muhammad Azamuddin berkata sebelum Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangsa berada di bilik rakan tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Dua sahabat nyaris maut, kereta rempuh lori bawa 2,000 ekor ayam
Dua sahabat nyaris maut apabila kereta mereka naiki merempuh sebuah lori yang membawa muatan 2,000 ekor ayam hidup di Kilometer 82, Jalan Jerangau-Jabor, Dungun awal pagi Sabtu.