BACHOK: Seorang lelaki berusia 39 tahun yang dilaporkan pengsan ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Gunung, di sini pada Jumaat diselamatkan oleh anggota bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba serta Penyelamat Bachok dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.53 pagi.
"Mangsa dikatakan mendaki bukit tersebut bersama tujuh lagi rakannya sebelum ditemui pengsan.
"Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menurunkannya ke kaki bukit menggunakan peralatan khas dari ketinggian 100 meter," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.
Menurutnya, semasa operasi menyelamat dilakukan, mangsa masih tidak sedarkan diri dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan serta tindakan lanjut. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 05 2022
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menurunkan mangsa yang pengsan ke kaki bukit menggunakan peralatan khas dari ketinggian 100 meter ketika aktiviti mendaki di Bukit Gunung, Bachok, pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Kampung baru Cina antara produk pelancongan menjelang TMM 2026
Terdapat sebanyak 613 kampung baru Cina di seluruh negara dengan setiap kampung mempunyai keunikan masing-masing dari segi sejarah, seni dan budaya.
Pemilik syarikat didenda RM188,000 tipu mangsa tuntutan Perkeso
Mohamad Afizal Mohd Akhirudin, 33, dijatuhkan hukuman itu selepas membuat pengakuan terhadap tujuh pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.
Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.
[TERKINI] Warga Gaza mula pulang ke kediaman melalui koridor Netzarim
Warga Gaza berpusu-pusu kembali ke kediaman masing-masing menerusi Koridor Netzarim susulan perjanjian gencatan senjata.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
AWANI Ringkas: Reformasi dalam UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Bomba selamatkan lelaki pengsan di Bukit Gunung
Mangsa dikatakan mendaki bukit tersebut bersama tujuh lagi rakannya sebelum ditemui pengsan.