BATU GAJAH: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki kurang upaya (OKU) dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Pusing Mutiara di sini pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 5.20 petang itu, mangsa berusia 38 tahun dilaporkan terperangkap di dalam bilik tingkat atas premis berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, mangsa berjaya dibawa turun dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
"Pemeriksaan kemudiannya mendapati, mangsa telah terhidu asap yang banyak dan dia telah dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah pada jam 5.26 petang dan sebaik tiba di lokasi, didapati premis telah terbakar 70 peratus.
Katanya, anggota membuat kerja pemadaman kebakaran menggunakan dua aliran sepanjang 40 meter dan satu aliran salur bantu mula daripada sumber pili bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
"Operasi pemadaman turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dan Pasukan Bomba Sukarela Pusing melibatkan keseluruhan 29 anggota," katanya.
Operasi yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd Norshah Shahri itu tamat pada jam 7.02 petang.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 31 2023
Dalam kejadian sekitar jam 5.20 petang itu, mangsa berusia 38 tahun dilaporkan terperangkap di dalam bilik tingkat atas premis berkenaan. - Foto JBPM Perak/Sinar Harian
Kemasukan UK buka akses ke pasaran utama eksport - PM
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
SEZ Johor-Singapura, eratkan integrasi dalam ASEAN
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Syria benarkan PBB bentuk zon penampan dengan Israel
Syria bersedia untuk untuk menerima kemasukan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membentuk zon penampan dengan Israel.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia juga akan melakukan apa sahaja dalam mencapai hal tersebut termasuk melakukan libat urus secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat (AS), selain memanfaatkan hubungan baik dengan Mesir dan Hamas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
Bomba selamatkan OKU terperangkap dalam kebakaran
Dalam kejadian sekitar jam 5.20 petang itu, mangsa berusia 38 tahun dilaporkan terperangkap di dalam bilik tingkat atas sebuah rumah kedai.