Bonda Sultan Johor, Enche’ Besar Khalsom Abdullah mangkat di London, pada Jumaat, pada usia 83 tahun.
Berita kemangkatan itu disahkan Johor Royal Press Office (RPO) sebentar tadi.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Enche'Besar Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor telah mangkat di London, kenyataan mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor," menurut kenyataan ringkas RPO.
Terdahulu, Johor Southern Tigers (JST) turut mengumumkan khabar dukacita tersebut menerusi muat naik di laman rasmi JST di Facebook.
Almarhum dilaporkan mangkat di London disebabkan sakit tua pada 1 Jun (waktu Malaysia).
Dalam pada itu, bendera Johor dan bendera daerah di negeri tersebut dikibarkan separuh tiang mulai hari ini sehingga selesai istiadat pengebumian.
Almarhum dilahirkan pada 2 Disember, 1935 di Cornwall, England, dan telah memeluk agama Islam bagi mendirikan rumahtangga dengan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail.
Mereka dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut memuat naik ucapan salam takziah.
Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim turut memuat naik status di laman Instagram.
Adinda Sultan Johor, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengesahkan kemangkatan itu di Twitter baginda hari ini.
Isabelle Leong
Sat Jun 02 2018

Bonda Sultan Johor, Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah mangkat pada Jumaat. Facebook JOHOR Southern Tigers
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Agong beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Istana Kota Lama bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra

Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah satu kehilangan besar buat UMP
Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah amat dirasai rakyat di negeri Pahang khususnya buat warga Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Baik hati, sifat penyayang kenangan rakyat bersama Sultan Ahmad Shah
Kebaikan hati serta sifat penyayang Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menjadi kenangan teristimewa kepada rakyat Pahang.

Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Khalsom Abdullah mangkat
Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah mangkat pada Jumaat.