KUALA TERENGGANU: Perkhidmatan kesihatan di Pulau Perhentian dan Pulau Redang dipertingkat dengan dua bot ambulans baharu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.
Beliau berkata dengan adanya kemudahan bot baharu itu, pemindahan pesakit dan bantuan kecemasan boleh disalurkan dengan lebih cepat, efisien dan selamat.
"Perkhidmatan bot ambulans bukan sahaja diperlukan oleh orang tempatan, tetapi untuk memindahkan pelancong yang memerlukan rawatan di hospital.
"Dengan purata kekerapan bilangan pergerakan pergi dan balik bot ambulans sebanyak 10 hingga 20 kali sebulan, perkhidmatan pengangkutan yang cekap adalah sangat penting di kedua-dua pulau itu," katanya selepas Majlis Perasmian Bot Ambulans Klinik Kesihatan Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Jeti Duyong Marina di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Bahagian Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Kasemani Embong.
Lukanisman berkata saiz bot ambulans baharu itu juga lebih besar, selain boleh digunakan pada musim tengkujuh kerana mampu meredah ombak setinggi dua meter.
"Bot ambulans ini dibina mengikut piawaian Jabatan Laut serta dilengkapi peralatan keselamatan termasuk alat penerima Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), radio VHF dan kompas magnetik," katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan KKM juga sedang meneliti permohonan untuk bot ambulans baharu di beberapa pulau dan pedalaman Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023

Saiz bot ambulans baharu ini lebih besar, selain boleh digunakan pada musim tengkujuh kerana mampu meredah ombak setinggi dua meter. - Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
#AWANIRingkas 5 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Mac 2025
1️⃣ Projek ladang solar, infra nuklear antara tumpuan hari ini
2️⃣ Impak penetapan had umur perlu analisis lebih teliti - Fahmi
3️⃣ Negara Arab terima pakai pelan alternatif Mesir untuk Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Projek ladang solar, infra nuklear antara tumpuan hari ini
2️⃣ Impak penetapan had umur perlu analisis lebih teliti - Fahmi
3️⃣ Negara Arab terima pakai pelan alternatif Mesir untuk Gaza
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Negara Arab terima pakai pelan alternatif Mesir untuk Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MWC 2025: U Mobile’s Roadmap to a Smarter 5G Future
5G technology is not just about faster internet—it is revolutionizing industries, from smart farming to real-time broadcasting. As Malaysia scales up its 5G adoption, U Mobile is stepping up with cutting-edge innovations, including 5G-Advanced live broadcasting for SUKMA and 5G-enabled robotics in agriculture.
MWC 2025: CelcomDigi’s Vision for a Smarter, Connected Malaysia
At MWC 2025, CelcomDigi is showcasing its latest advancements in 5G, AI-driven solutions, and strategic partnerships aimed at accelerating Malaysia’s digital economy. As one of the leading mobile network operators, CelcomDigi plays a critical role in shaping the nation’s connectivity landscape and enabling innovation across industries.

Pegawai perubatan rugi lebih RM80,000 terpedaya skim pelaburan Kripto
Wanita itu menggunakan wang simpanan untuk membuat lima transaksi pemindahan wang berjumlah RM86,200 ke akaun diarahkan bagi tujuan pelaburan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Mac 2025]

Penjawat awam P. Pinang terima 'duit raya' setengah bulan gaji atau minimum RM1,000
Pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta.

Mahkamah Narathiwat tentukan nasib Eda Ezrin, suami dan empat rakan esok
Sebelum ini, Eda Ezrin percaya dia akan dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.
S&P 500: Prestasi setakat 5 Mac 2025
Gambaran menyeluruh Indeks S&P 500 disediakan oleh MarketWatch, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham-saham dalam Indeks Standard & Poor's 500 disusun mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman tentang corak prestasi pasaran. Setiap saiz saham mencerminkan permodalan pasaran (market cap), mencerminkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Kuasa AI dalam rekaan: Pixlr saingi industri gergasi
Pembangunan bakat tempatan sehingga ke insentif kerajaan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia. Apakah strategi terbaik untuk memperkasakan industri ini, dan bagaimana Pixlr berperanan dalam membentuk masa depan AI dalam sektor kreatif?
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.

Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.