Bot yang dinaiki empat pemancing yang hilang kira-kira sembilan bulan lepas di perairan Pahang ditemui kira-kira 14 batu nautika di perairan itu.
Bagaimanapun keempat-empat mangsa tidak ditemui, mereka dipercayai sudah lama meninggal sejak kejadian itu.
Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Kuantan, ACP Azmi Ibrahim, seorang nelayan, Foo Chung Fook, 40, yang menyelam di kawasan itu untuk meleraikan bubunya yang tersangkut telah terjumpa bangkai sebuah bot di dasar laut pada Jumaat lepas.
"Bertindak atas laporan nelayan itu, pada Sabtu lepas sekumpulan anggota polis Marin bersama unit selam marin polis Marin telah pergi ke lokasi yang dilaporkan sebelum menemui sebuah bot fiber berwarna kuning yang terdampar di dasar laut, penutup enjin sangkut jenis Yamaha 60HP, kotak peralatan memancing dan sebatang joran," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Beliau berkata susulan daripada itu operasi mencari yang melibatkan 12 anggota polis marin telah pergi semula ke lokasi kejadian bermula jam 9.30 pagi tadi untuk membuat selaman dan berjaya mengapungkan bot itu kira-kira jam 5.30 petang tadi.
"Bot dan barang-barang itu berjaya dinaikkan dan dibawa ke jeti Pangkalan Polis Marin Kuantan untuk dibuat pengecaman ahli keluarga mangsa," katanya.
Pada 20 Feb lepas, empat sahabat Baheruzaman Yusof, 40, Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, Rahmat Chik, 51 dan Karim Zakaria, 41, dilaporkan hilang selepas keluar memancing.
Operasi pencarian telah dijalankan selama tiga minggu oleh pasukan penyelamat, namun gagal menemui mangsa.
Pihak polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan bot yang dinaiki mereka itu rosak atau mengalami kemalangan.
Sementara itu anggota keluarga mangsa yang menunggu di jeti itu, hiba dan sedih selepas melihat barangan yang ditemui itu.
Abdul Razak Hamzah, 48, sepupu kepada salah seorang mangsa yang juga merupakan pemilik bot berkenaan, Baheruzaman Yusof, 40, mengesahkan bot terbabit memang milik mangsa.
"Saya sedih dan redha dengan apa yang berlaku, barang-barang yang ditemui itu memang milik mangsa," katanya.
Bernama
Sat Nov 09 2013


LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan hilang
Pasukan penyelamat Indonesia sedang mengesan sebuah bot yang dinaiki sekurang-kurangnya 28 orang yang dilaporkan hilang pada Rabu di luar pantai daerah Mamuju di wilayah Sulawesi Barat.

APMM Terengganu aktifkan SAR cari bot bawa 10 pemancing, tiga kru
APMM Terengganu hari ini mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot yang membawa 10 pemancing dan tiga kru termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Besut.

Tragedi bot hilang di Jepun: Mayat kanak-kanak 3 tahun mangsa ke-11 dijumpai
Angka kematian akibat tragedi bot pelancong yang hilang hujung minggu lalu di utara Jepun meningkat kepada 11 orang.

18 pemancing, kru bot karam di perairan Langkawi ditemui selamat
Seramai 18 pemancing termasuk kru sebuah bot yang dilaporkan hilang dan karam, dipercayai selepas dipukul ribut di perairan Langkawi ditemui selamat, malam ini.

14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi
Sebuah bot membawa empat kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi hari ini.

Tiga pekerja resort hilang di laut: APPM tidak menolak kemungkinan bot dinaiki alami kerosakan
Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, situasi itu mungkin menyebabkan kesemua mangsa dihanyutkan arus.

Bot hilang: '25 orang terselamat, enam masih dicari' - Shahidan
Seramai 25 orang terselamat sementara enam lagi masih hilang selepas bot jenis katamaran membawa pelancong China ke Pulau Mengalum pagi semalam.

Dua kapal TLDM, pesawat C130 sertai misi kesan bot pelancong hilang di perairan Sabah
Dua kapal LDM dan sebuah pesawat C130 TUDM kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat sebuah bot pelancong yang hilang di perairan Sabah

Bot bawa 31 individu dipercayai hilang dalam perjalanan ke Pulau Mengalum
Bot tersebut bergerak dari jeti Tanjung Aru pada jam 9 pagi semalam menuju pulau tersebut dan masih belum tiba hingga kini.

Bot bawa empat pemancing yang hilang sembilan bulan lepas ditemui
Keempat-empat mangsa bagaimanapun tidak ditemui, dipercayai telah lama meninggal dunia sejak kejadian itu.