Mangsa, Zulkifli Mohamad, 52 tahun, dilaporkan keluar ke laut bersama abangnya, Jaafar.
Bot mangsa dipercayai dirempuh di bahagian belakang oleh sebuah bot fiber yang dipandu laju.
Sebaik pelanggaran berlaku, pemandu bot tersebut terus beredar melarikan diri.
Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan usaha mencari mangsa dijalankan.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan pada jam 10.45 malam.
![Usaha mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini melibatkan beberapa bot agensi penguat kuasa. - Foto PDRM](http://img.astroawani.com/2020-09/81600484736_freesize.jpg)
Usaha mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini melibatkan beberapa bot agensi penguat kuasa iaitu termasuk Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Turut membantu pencarian, beberapa bot nelayan tempatan.
Menurut Mahmad Faizal, sektor pencarian meliputi kawasan seluas 12.54 batu nautika persegi.
![Zulkifli dilaporkan keluar ke laut bersama abangnya, Jaafar. - Foto PDRM](http://img.astroawani.com/2020-09/51600484748_freesize.jpg)