Seramai 12 penumpang berhadapan detik cemas apabila bot ekspres yang mereka naiki dari Sibu ke Kapit terlanggar beting pasir Sungai Rajang pagi ini.
Kejadian dipercayai berlaku akibat jarak ketampakan terhad berikutan cuaca berjerebu dan berkabus.
Seorang pemilik akaun Facebook, Alexson Banyah yang memuatnaik kejadian itu mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 6.15 pagi kerana juragan bot tidak dapat melihat arah yang ditujuinya.
Jurucakap Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Sibu semasa dihubungi Bernama melalui aplikasi Whatsapp mengesahkan kejadian itu dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan cuaca berjerebu, namun keadaan paras air yang rendah disebabkan kemarau pada masa ini boleh juga menjadi antara penyebabnya.
"Kita akan dapat tahu punca sebenar selepas keterangan jurugan diambil nanti," katanya tanpa memberikan lokasi sebenar kejadian itu.
Tindakan pantas sebuah bot lain yang kebetulan lalu di tempat kejadian dapat menarik bot itu daripada terus tersadai. Bot berkenaan kemudian meneruskan perjalanan ke Kapit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019

Jurucakap Lembaga Sungai-sungai Sarawak Sibu tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan cuaca berjerebu di sekitar kawasan itu. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Balik Gawai: Penumpang dijangka meningkat, operator bas dan bot ekspres perlu mohon penambahan perjalanan
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata permohonan itu perlu dibuat sekiranya berlaku peningkatan permintaan daripada pengguna sepanjang tempoh perayaan..

Perkhidmatan bot ekpres Kapit dan Sibu ditangguh sementara
Penangguhan sementara ini melibatkan laluan ulang alik dari Kapit-Putai, Sibu-Putai, dan Kapit-Belaga.

Alexander setuju perkhidmatan bot ekspres Kapit dihentikan sementara demi keselamatan
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mahu perkhidmatan bos ekspres ke Kapit dihentikan sementara bagi memastikan keselamatan orang ramai di daerah itu.

Bot ekspres tersadai di beting pasir kerana jarak ketampakan terhad
Kejadian dipercayai berlaku akibat jarak ketampakan terhad berikutan cuaca berjerebu dan berkabus.

Dua bot ekspres terbakar di terminal
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.40 pagi.

Sarawak rancang modenkan urusan beli tiket bot ekspres
Sarawak merancang untuk memodenkan urusan pembelian tiket bot ekspres kepada sistem e-tiket pada masa akan datang.

SPRM tahan pemilik syarikat bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam tahun lalu
SPRM tahan pemilik syarikat bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Sungai Rajang tahun lalu berhubung kes penyelewengan diesel bersubsidi.

Pengangkutan bot ekspres di Sarawak
Penduduk Sarawak masih memilih menggunakan bot ekspres untuk pulang ke kampung halaman Hari Raya ini walaupun beberapa tragedi bot karam terjadi.

Bot karam: Seorang lagi akui hidup, dua masih hilang
Seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini masih hidup dalam perkembangan hari ke-enam operasi mencari dan menyelamat bot karam di Giam Bungan, Belaga.

Bot Karam: Infrastruktur dan keselamatan penting - Twitterjaya
Twitterjaya mahu kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada infrastruktur dan aspek keselamatan setelah bot ekspres karam di Sungai Rajang.