PASIR PUTEH:"Kami berlima nekad berenang ke arah pulau selepas bot yang dinaiki terbalik dan mulai karam tengah hari semalam. Namun hanya empat orang sampai di Pulau Perhentian jam 4 pagi tadi," kata Tuan Azha Tengku Long, 47.
Dia yang merupakan tekong bot karam itu bersama tiga awak-awak, Mohd Azri Mohd Rosdi, 28; Tuan Azrizal Tuan Azha, 19 dan Norizan Yusuf, 45, ditemui selepas tiba di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Kelantan di Tok Bali, tengah hari tadi.
Seorang lagi awak-awak, Ashaari Leh, yang berusia 40-an, masih hilang dengan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.
Tuan Azha berkata, dalam keadaan kelam kabut kabut, semua mereka terjun ke laut dengan memakai jaket keselamatan apabila bot berkenaan terbalik.
"Bot terlingkup... saya segera suruh awak-awak terjun pakai life jacket.
"Seorang lagi (Ashaari) tak tahu di mana. Sebelum itu hujan, selepas itu kami mula berenang dan sampai ke darat jam 4 pagi.
"Syukur kami pakai jaket keselamatan... ombak besar, ada dalam setinggi tiga hingga empat meter," katanya di sini, hari ini.
Kesemua mangsa dibawa dari Pulau Perhentian menaiki kapal Maritim Malaysia dan tiba di Tok Bali sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.
Mereka disambut oleh ahli keluarga dengan linangan air mata kesyukuran kerana terselamat.
Dalam kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari semalam, bot yang dinaiki lima nelayan tempatan itu karam selepas dimasuki air di kedudukan 5 batu nautika dari barat daya Pulau Perhentian.
Sementara itu, kekecewaan dan kesedihan terpancar di raut wajah ibu Ashaari yang tetap sabar menunggu perkembangan terkini operasi SAR di jeti berkenaan.
Hurani Awang, 73, yang mengetahui insiden menimpa anak kedua dari empat beradik semalam, terus berdoa supaya anaknya selamat.
"Saya doa biarlah dia selamat... tapi apa pun yang berlaku saya terima takdir Allah. Nak kata macam mana, kalau pandai menyelam pun, kalau takdirnya begitu...
"Takdir Allah, kita redalah...," katanya.
Ashaari yang masih bujang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun sebagai nelayan.
Muhafandi Muhamad
Fri Jan 01 2021
Kesemua mangsa dibawa dari Pulau Perhentian menaiki kapal Maritim Malaysia dan tiba di Tok Bali sekitar jam 1.30 tengah hari tadi. - Bernama
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.
Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan
Farizan berkata, pembayaran itu disalurkan kepada 791 nelayan yang mempunyai lesen dan masih aktif.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Duit simpanan RM5,000 hangus dalam kebakaran rumah
Duit simpanan keluarga seorang nelayan untuk membayar sewa rumah dan ansuran pinjaman kereta hampir RM5,000 hangus dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Tanjung Dawai pagi tadi.
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Hanyut enam hari, nelayan hanya fikir mati
Muhammad Ikmal Hakimi dan Nor Hasrul terus tawakal dan berdoa agar selamat selama enam hari berada di lautan terutama laut dalam.
Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.
Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut
Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang di sini, Isnin lepas.