KUALA TERENGGANU: Lima nelayan termasuk tekong dikhuatiri lemas manakala seorang lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka karam kira-kira jam 10 malam pada Isnin.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli dalam kenyataannya berkata, sejurus menerima maklumat pada Selasa, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan bot tersebut.
"Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 itu keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan sebelum dilaporkan karam," kata Muhammad Suffi.
Katanya lagi, Bot Maritim Perkasa 1234 digerakkan ke kawasan bot yang dilapor karam lebih kurang 10 batu nautika dari Pulau Redang.
Jelasnya, setakat ini, hanya seorang mangsa, Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, terselamat manakala lima yang lain masih hilang.
Menurutnya, mangsa yang terselamat dijumpai oleh bot nelayan lain ketika cuba berenang ke pulau sebelum diserahkan kepada bot perikanan untuk dibawa ke Pulau Redang.
Menurut Muhammad Suffi, identiti kesemua mangsa juga sedang dikenal pasti.
Menurutnya lagi, pencarian yang memasuki hari kedua itu kini diperluas hingga 242 batu nautika dan beberapa aset telah diatur gerak.
Beliau berkata kapal maritim KM Redang, aset udara Bombardier CL415 bersama bot Perkasa 1234 telah berada di sektor pencarian masing-masing.
Orang ramai serta komuniti laut yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu di talian 09-6224357.
Nur Fazlizai Ali
Wed Aug 10 2022

Sejurus menerima maklumat pada Selasa, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan bot tersebut. -Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bot karam di perairan Redang, 5 nelayan termasuk tekong dikhuatiri lemas
Setakat ini, hanya seorang mangsa, Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, terselamat manakala lima yang lain masih hilang.