Polis pada Isnin mengesahkan penemuan rangka bot jenis katamaran di perairan Mambakut, dekat sini tengah hari Ahad.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada rangka bot itu adalah bot pelancong katamaran yang karam di perairan Pulau Mangalum 28 Jan lepas.
"Kita jumpa satu rangka bot di perairan Membakut semalam dan analisis akan dilakukan ke atas rangka itu bagi memastikan sama ada ia adalah bot katamaran yang hilang di Pulau Mengalum," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Sabah, di sini.
Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi itu belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-24 hari ini.
Beliau berkata sektor pencarian kini meliputi kawasan seluas 300 batu nautika persegi di perairan Sabah, Miri (Sarawak) dan Brunei.
"Operasi pencarian melibatkan sembilan aset, termasuk satu aset milik agensi keselamatan Brunei," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam, dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.
Setakat ini, 26 mangsa sudah dijumpai termasuk empat yang maut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017
Polis hari ini mengesahkan penemuan rangka bot jenis katamaran di perairan Mambakut, dekat sini pada tengah hari Ahad. - Gambar fail
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
Bot Karam: Rangka bot Katamaran ditemui di Perairan Mambakut
Polis hari ini mengesahkan penemuan rangka bot jenis katamaran di perairan Mambakut, dekat sini pada tengah hari Ahad.