Lima anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera ringan selepas sebuah bot pemintas milik agensi itu mengalami kebakaran kecil di Jeti KD Sri Semporna semalam.
TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang ketika anggota berkenaan menghidupkan enjin bot sebagai persediaan untuk membawa anggota ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di perairan Semporna untuk pertukaran pasukan petugas.
"Anggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minit. Semua anggota yang cedera berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan," jelas kenyataan itu.
Menurut TLDM siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas atau kebocoran minyak di bot tersebut.
TLDM dengan bantuan pihak bomba, akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2016

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.

3 pelancong Britain hilang dalam kebakaran bot di Mesir
Seramai 12 daripada 15 pelancong Britain bersama 10 anak kapal dan dua pemandu warga Mesir telah diselamatkan oleh bot lain.

14 maut selepas bot Nusa Tenggara Timur Indonesia terbakar
Seramai 14 penumpang maut selepas kapal KM Express Cantika 77 terbakar ketika menuju ke Kalaahi, Pulau Alor Indonesia pada petang Isnin.

Bot terbakar di Mersing, 20 nelayan asing diselamatkan - Maritim
20 nelayan asing berdepan detik cemas selepas bot yang dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian di perairan Kuala Endau, Pahang.

Lebih 20 maut dalam kejadian bot pelancong terbakar di utara Jakarta
Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala hampir 100 orang diselamatkan dalam kejadian bot pelancong meletup hari ini.
Bot pemintas TLDM terbakar di Semporna, lima cedera ringan
Menurut TLDM siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas atau kebocoran minyak di bot tersebut.