LABUAN: Dua pemuda dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka untuk keluar memancing ditemukan terapung tanpa anak kapal berdekatan jeti Kiamsam awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan memberitahu Bernama operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mencari mangsa dikenali sebagai Yasin Omar, 20, dan Mohd Shah Nazmin, 19.
Katanya dua pemuda itu berlepas dari jeti tersebut 6 petang semalam dan setakat berita ini ditulis tiada maklumat berhubung keberadaan mereka.
Menurut jurucakap itu, anggota keluarga dan rakan mangsa yang sedang menunggu khabar daripada mereka telah membuat laporan polis 10.18 pagi ini.
"Petugas kami dengan segera melancarkan operasi SAR secara komprehensif, menggunakan kombinasi aset dan sumber daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan unit Polis Marin untuk memastikan pencarian meliputi kawasan yang luas di mana dua pemancing itu kali terakhir dilihat," katanya.
Ketika ini, tinjauan Bernama mendapati anggota keluarga, rakan dan komuniti setempat turut bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pasukan SAR.
Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan dua lelaki itu digesa supaya tampil membantu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari mangsa dikenali sebagai Yasin Omar, 20, dan Mohd Shah Nazmin, 19, yang dikhuatiri hilang di laut sekitar perairan Kiamsam. - Foto BERNAMA
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Pemuda hilang selepas keluar rumah di Bukit Jambul sejak Sabtu
Keluarga kepada Muhammad Danish Syamil Jusfaridan, 21, memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan pemuda itu yang dilaporkan hilang Sabtu lepas.
Pemuda hilang tiga hari ditemukan mati dalam parit
Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui dalam keadaan terapung di dalam parit.
Bot 'pulang' tanpa penumpang, dua pemancing dikhuatiri hilang di Labuan
Dua pemuda dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka untuk keluar memancing ditemukan terapung tanpa anak kapal berdekatan jeti Kiamsam awal pagi tadi.
Pemuda hilang di Sungai Kelantan ditemukan lemas
Mayat Muhammad Hisyamuddin Che Zulkifly ditemui tersangkut di tepi tongkang pasir oleh orang awam.