SANDAKAN: Seorang pelajar Tahun Satu dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya bersama lima lagi penumpang terbalik di perairan Tanjung Batu, Sandakan, pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Romy Azlan, 7, dilaporkan hilang sebelum kejadian dilaporkan kepada pasukan keselamatan.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, berdasarkan laporan, mangsa bersama keluarga menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang.
Katanya, bot dinaiki enam individu termasuk mangsa tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbalik.
"Seramai lima mangsa berjaya diselamatkan namun mangsa dilaporkan hilang.
"Ekoran itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada jam 4 petang semalam bagi mengesan kanak-kanak terbabit.
"Pangkalan Hadapan CARILAMAT turut diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, Bot Peronda Banggi 14 dan Bot Kilat 8 dari Zon Maritim Sandakan turut diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.
"CARILAMAT turut dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta berhubung secara terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504," katanya.
Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 yang beroperasi 24 jam.
Radhi Muslim
Wed Aug 02 2023

CARILAMAT turut dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan. - Astro AWANI

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.

Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala terbalik di Jasin.

3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara
Sebuah bot laju yang membawa 30 penumpang terbalik di Bulungan, Kalimantan Utara pada Isnin.

Banjir Sarawak: Bot terbalik, empat mangsa hanyut dibawa arus
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba setelah menerima video tular tersebut.

45 maut selepas bot sarat muatan terbalik di Nigeria
Bot kayu itu tenggelam pada pagi Sabtu di sebuah sungai berhampiran Bandar Gummi di negeri utara Zamfara.

Tragedi Sungai Kayan: Pengawas keselamatan akan dilantik
Seorang pengawas akan dilantik bagi memantau keselamatan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bot penambang di Sungai Kayan Kampung Selampit.

Bot terbalik: Lebih dua jam terapung di samping mayat rakan
Ain Farhana berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dalam kabin dan hanya menyedari bot dinaiki dilanggar apabila ia terbalik.

Mayat mangsa bot terbalik di Pulau Indah ditemukan
Mayat seorang lelaki yang merupakan mangsa insiden bot terbalik pada Ahad lalu ditemukan di perairan Pulau Indah, Klang semalam.

Op Carilamat diteruskan ke pesisir pantai, aset udara ditambah
Kawasan pencarian juga akan diteruskan di kawasan pesisir pantai berdasarkan kedudukan bot yang semakin menghampiri kawasan pantai.

Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.