LUMUT: Seorang pengawal kelab hiburan atau 'bouncer' dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Selasa atas tuduhan membunuh isterinya, minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, S Gabriel, 28, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret T Kavita.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kematian E Komati, 33, antara jam 6.30 petang hingga 7 petang di Ladang Walbrook, Sitiawan pada 10 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 18 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Rishan Kumar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selasa lalu, polis menerima laporan daripada adik mangsa memaklumkan perbuatan tertuduh membakar mangsa yang didakwa berang kerana dituduh menagih dadah.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
Sementara itu di mahkamah berasingan, tertuduh mengaku salah bagi pertuduhan sengaja memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam badan di Balai Polis Pantai Remis sekitar jam 6.40 petang pada 12 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Nurul Izalina Rajaai memerintahkan tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh dan menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Pantai Remis.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jul 18 2023

S Gabriel dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan membunuh isterinya. - Foto Astro AWANI

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

'Bouncer' didakwa bakar, bunuh isteri
Seorang pengawal kelab hiburan atau 'bouncer' dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh isterinya.

'Bouncer' didakwa bunuh remaja
Seorang 'bouncer' atau pengawal sebuah pusat hiburan di sini, dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang remaja lebih seminggu lalu.

Kaki pukul ditahan ekoran kematian warga Arab
Tiga orang 'bouncer' atau kaki pukul ditahan di sebuah pusat hiburan sejurus penemuan mayat seorang warga Arab Saudi di dalam sebuah kenderaan di sini malam tadi.