Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Boy Tiger' mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mendera anak lelaki tirinya berusia tiga tahun lebih.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, lelaki berusia 31 tahun itu yang didakwa sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas kanak-kanak berusia tiga tahun empat bulan, telah didapati melakukan penderaan terhadap mangsa.
Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Permai 2, Kampung Indah Permai dan sebuah rumah di Taman Ampang Saujana, Jalan Persiaran Saujana, di sini antara Ogos 2017 hingga November lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Hakim Azrul Darus memerintahkan lelaki itu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani pemeriksaan mental selama 30 hari mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah selepas tertuduh memohon untuk menjalani rawatan di hospital itu kerana mendakwa dia mempunyai masalah mental.
"Ya...saya mengaku bersalah atas dua pertuduhan tersebut, namun saya mohon mahkamah menghantar saya menjalani rawatan di Hospital Bahagia kerana saya mempunyai masalah mental skizofrenia (gangguan) sejak dari kecil.
"Saya juga mempunyai kad pesakit dari Hospital Ampang dan masih dibekalkan ubat, serta pernah menjalani rawatan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta,'’ katanya semasa berada dalam kandang tertuduh.
VIDEO: Reman 'Boy Tiger' dan isteri dilanjutkan
VIDEO: Suspek dera anak tiri direman 7 hari
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Wee Li manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 21 Dis untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan semua laporan perubatan mangsa dan laporan status kesihatan mental tertuduh sama ada tertuduh layak dibicarakan atau tidak.
Turut hadir isteri Boy Tiger dan ahli keluarganya.
Di Mahkamah Majistret pula, lelaki itu didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas anak tiri sama di ruang tamu di sebuah rumah, di Jalan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, Ampang, di sini pada 11 pagi, 8 Nov lepas.
Dia hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh yang memakai t-shirt warna hitam dan berseluar jeans itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 21 Dis untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan perubatan.
BACA: 'Boy Tiger', ibu budak lelaki mangsa dera dicari untuk bantu siasatan
Pada 9 Nov lepas, akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, maut dipercayai akibat didera dan kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas 30 minit dihantar ke Hospital Ampang oleh bapa tiri serta ibu kandungnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sementara itu, isteri Boy Tiger yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan dibebaskan dengan bon selepas direman dua kali iaitu kali pertama pada 13 Nov lepas dan kali kedua pada Isnin lepas. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 22 2018

Khairul Izaini diiringi dua anggota polis untuk didakwa di Mahkamah Majistret hari ini. - BERNAMA

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

'Boy Tiger' didakwa dera, bunuh anak tiri
Lelaki berusia 31 tahun itu juga akan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani pemeriksaan mental selama 30 hari.