SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa graduan atau lepasan pelajar Malaysia di luar negara wajar untuk menimbang pengalaman sebelum pulang ke tanah air.
Walaupun pandangan sedemikian disifatkan beliau bertentangan pandangan tradisional, namun, pengalaman dan ilmu itu akan menjadikan seseorang graduan lebih berwibawa.
“Tidak semua perlu pulang (ke tanah air) dengan segera. Mereka boleh bekerja dan hantar duit pulang (ke Malaysia).
“Sebagai contoh kepada pandangan tradisional, sejurus selepas graduasi, sama ada PhD atau sarjana, anda perlu balik dan berkhidmat.
“Saya nak cadangkan perubahan, biarkan mereka timba pengalaman, syarikat korporat atau syarikat pemula untuk menggajikan mereka.
“Tak kisah sama di San Francisco atau di New York, biar mereka timba pengalaman dan ia akan memanfaatkan negara apabila mereka pulang ke (Malaysia) nanti.
“Kalau mungkin mereka tidak mahu balik lagi, bagi duit lebih kepada ibu bapa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan umum di University of California, Berkeley di sini pada Selasa petang waktu tempatan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, ketika ini terdapat kumpulan yang sedang meneliti berkenaan isu ‘brain drain’ yang dialami Malaysia ketika ini.
“Kita ada kumpulan ketika ini untuk teliti apa yang berlaku di beberapa negara, apa yang menyebabkan mereka tidak mahu balik, tapi itu termasuk juga bagaimana ekonomi diuruskan,” katanya.
Tegas Perada Menteri, ketika ini, Malaysia perlu melakukan reformasi yang sebenar serta pendekatan yang sukar untuk memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh dan mampu berdaya tahan dalam menarik pakar dan intelektual tempatan kembali bekerja di Malaysia.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 15 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bergambar dengan sekumpulan pelajar selepas menyampaikan syarahan di University of California, San Francisco, Amerika Syarikat, pada Rabu. - Gambar BERNAMA

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Pembangunan Taman Reka Bentuk IC Selangor bantu kurangkan hijrah cendekiawan
Pembangunan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) Selangor dijangka membantu mengurangkan isu penghijrahan cendekiawan atau 'brain drain' dalam industri semikonduktor negara.

Zaliha betulkan istilah 'longkang otak'
Istilah brain drain yang diterjemahkan Oscar sebagai 'longkang otak' adalah tidak tepat.

'Brain drain': Sistem kesan rakyat Malaysia bekerja di luar negara perlu dibangunkan
Kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk membangunkan satu sistem untuk mengesan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bagi menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain.

Gaji rendah, kurang pendedahan faktor Malaysia kurang pakar keselamatan siber
Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

‘Brain drain’ : Biar mereka timba pengalaman, kemudian baliklah ke Malaysia - PM
"Tidak semua perlu pulang (ke tanah air) dengan segera. Mereka boleh bekerja dan hantar duit pulang (ke Malaysia)."

Kerajaan teliti kaedah tangani krisis penghijrahan cendekiawan - PM Anwar
Kementerian berkaitan sedang melibatkan mereka yang boleh menyumbang untuk kembali dan ditempatkan dalam bidang kompetensi tertentu untuk membantu Malaysia.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

Isu penghijrahan pakar perlu dilihat menyeluruh - Adam Adli
Antara perkara utama perlu diteliti adalah berkaitan permasalahan ekonomi yang dihadapi golongan terbabit.