KECERDASAN buatan (AI) generatif menjadi teknologi perlu tahun ini dengan pelbagai perkhidmatan menyertakan ciri yang berasaskan chatbot seperti ChatGPT. Teknologi AI generatif kini diguna pakai pula untuk membolehkan pesakit strok atau yang mengalami sindrom terkunci di dalam tubuh (locked-in syndrome) untuk kembali 'bercakap'.
AI BrainGPT dibangunkan oleh University of Technology Sydney dengan ia dilatih menggunakan data gelombang otak apabila teks dibaca oleh 29 sukarelawan. Pesakit dipakaikan topi dengan sensor EEG yang membolehkan otak mereka pula dibaca. BrainGPT akan mengubah bacaan gelombang otak ini kepada teks dan audio yang berkaitan dalam pangkalan data.
Dengan ini pesakit boleh kembali “bercakap” dengan ahli keluarga ataupun doktor walaupun sudah tidak lagi mampu bersuara seperti biasa. Sistem yang digunakan sebelum ini menggunakan kamera penjejak mata pesakit membenarkan pesakit menaip di skrin komputer.
BrainGPT mempunyai satu kelebihan berbanding sistem membaca gelombang otak yang dibangunkan sebelum ini kerana tidak memerlukan implan ditanam terus pada otak. Ogos yang lalu, kombinasi implan dan otak membolehkan seorang pesakit strok di California kembali bercakap selepas 18 tahun. - Amanz
Amanz
Wed Dec 13 2023

Teknologi AI generatif kini diguna pakai pula untuk membolehkan pesakit strok atau yang mengalami sindrom terkunci di dalam tubuh (locked-in syndrome) untuk kembali 'bercakap'. - Gambar/ Amanz

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.
'First class systems, third class maintenance' masih terjadi - Pakar
Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan juga Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan ukm (JANA@UKM), Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani berkata, ini bagi memastikan infrastruktur negara terus berfungsi secara optimum dan tidak menjadi liabiliti jangka panjang.

BrainGPT membaca gelombang otak membolehkan pesakit strok “bercakap”
Teknologi AI generatif kini diguna pakai pula untuk membolehkan pesakit strok atau yang mengalami sindrom terkunci di dalam tubuh (locked-in syndrome) untuk kembali bercakap.