PETALING JAYA: Perancang tengah Harimau Malaya, Brendan Gan mengakui tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Beliau berkata, biarpun perang psikologi dilancarkan Ketua Jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic membabitkan beberapa perkara, ia tidak mendatangkan kegusaran berikutan percaya akan kualiti dimiliki rakan sepasukan dalam mengekang kemaraan pasukan ranking ke-97 dunia itu.
"Kami hanya datang ke sini untuk menjalankan tugas. Kami perlu fokus terhadap apa yang kami mahu buat dan bagaimana kami mahu permainan kami," katanya ketika ditemui pada latihan pusat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, difahamkan Stefan mengeluarkan senarai nama pemain yang bakal membawa cabaran Kyrgyzstan untuk dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Malaysia 16 Nov dan menentang Oman pada 21 Nov.
Senarai tersebut antaranya menamakan pemain yang pernah bermain di kancah Liga Malaysia iaitu Mirbek Akhmataliev (PDRM FC) dan Tamirlan Kozubaev (PKNS FC) yang difahamkan kononnya mempunyai maklumat akan kelemahan skuad negara.
Pasukan itu dalam perkembangan lain pula memaklumkan tidak akan menurunkan beberapa pemain utama mereka di saat-saat akhir berikutan kecederaan sebagai salah satu elemen dalam perang psikologi itu.
Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Kumpulan D menentang Kyrgyzstan sebelum akan ke Taipei City bagi perlawanan kedua bertemu Taiwan pada 21 Nov.
Sementara itu, Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon menerusi kenyataan FAM pada Ahad, membuat keputusan memanggil pemain pertahanan kiri daripada Sabah FC Daniel Ting yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia untuk melapor diri ke kem latihan pusat bermula hari ini.
Khidmat Daniel itu ditagih bagi menggantikan tempat Azam Azmi Murad daripada Terengganu FC yang terpaksa dilepaskan berikutan terdapat kebimbangan terhadap kecederaan pada lututnya selepas disahkan doktor. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023

Brendan Gan berkata, biarpun perang psikologi dilancarkan Ketua Jurulatih Kyrgyzstan Stefan Tarkovic membabitkan beberapa perkara, ia tidak mendatangkan kegusaran rakan sepasukan. - Gambar Stadium Astro

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Peluang terbaik pemain tingkat intensiti latihan - Brendan Gan
Pemain tengah Selangor, Brendan Gan menyifatkan permulaan Liga Malaysia (Liga-M) pada 26 Ogos ini sebagai medan terbaik pasukan tempatan mempertingkatkan intensiti latihan bagi menghadapi aksi lebih k

Menang atas Indonesia kuatkan semangat pemain untuk menentang UAE - Brendan Gan
Kembali menyarung jersi kebangsaan selepas tiga tahun, dan menyaksikan Malaysia menumpaskan Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi mungkin menjadi kenangan paling manis buat pe