KUCHING: Bridged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat perancangan rapi bagi melaksanakan operasi-operasi yang akan digerakkan sepanjang tahun 2022.
Komander Briged Sarawak PGA, SAC Saini Bongkek berkata konsep penugasan yang dirancang akan diselarikan dengan keadaan semasa serta sumber manusia PGA yang bersedia.
Jelasnya, bagi kawalan keselamatan sempadan melalui Op Benteng COVID-19, operasi akan dibuat menggunakan kekuatan maksimum dengan kaedah ‘Batalion Move’.
“Selain itu menerusi pendekatan Community Policing keselamatan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sempadan akan dititikberatkan dan para petugas PGA akan sentiasa mendampingi mereka terutamanya di kawasan tanggungjawab Hot Spot OP Benteng COVID di sempadan Sarawak-Kalimantan.
“Kita berharap agar pendekatan baru ini akan menjadikan masyarakat di sempadan berasa selamat dengan kehadiran petugas PGA di samping kawalan keselamatan sempadan dapat diperketatkan dan dikawal rapi setiap masa,” katanya kepada Astro Awani pada Sabtu.
Tambah Saini, Briged Sarawak PGA sentiasa komited dalam melaksanakan amanah yang telah diberi walaupun tahun 2021 merupakan 12 bulan yang agak mencabar buat pasukannya.
“Walaupun terikat dengan SOP pandemik COVID-19 semasa melaksanakan operasi penguatkuasaan, kita masih mampu menjana pencapaian yang cemerlang disebabkan antaranya perancangan sumber manusia yang rapi, latihan-latihan dalam norma baharu dan komitmen petugas PGA itu sendiri.
“Selain itu juga, kerajaan negeri Sarawak banyak memberi bantuan kepada pihak PGA khususnya dalam melaksanakan penugasan di sempadan negeri Sarawak melalui sumbangan logistik.
“Bantuan ini serba sedikit telah berjaya mengurangkan tekanan kepada para petugas PGA terutamanya berkaitan tempat penginapan dan kekangan peralatan sokongan semasa menjalankan penugasan di lapangan,” katanya.
Untuk rekod, sepanjang tahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2021, Bridged Sarawak PGA telah berjaya melaksanakan empat operasi utama melibatkan nilai rampasan sebesar RM49,555,570.57 juta lebih RM10 juta berbanding tahun sebelumnya.
Empat operasi tersebut melibatkan Op Benteng COVID-19, Op Kontraban, Op Libas dan Op Bersatu Khazanah dengan 439 kes secara keseluruhan.
PGA juga berjaya mengusir seramai 974 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kembali ke negara asal mereka sepanjang 12 bulan Op Benteng COVID-19 dilaksanakan antaranya melibatkan kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan di daerah Serian, Lundu, Tebedu, dan Lubok Antu.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sat Jan 01 2022
![Bridged Sarawak PGA perkasa 'community policing' jaga sempadan Sarawak-Kalimantan Bridged Sarawak PGA perkasa 'community policing' jaga sempadan Sarawak-Kalimantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641019920_BridgedSarawakPGA.jpg)
Jelas SAC Saini Bongkek, Briged Sarawak PGA sentiasa komited dalam melaksanakan amanah yang telah diberi walaupun tahun 2021 merupakan 12 bulan yang agak mencabar buat pasukannya. - Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Bridged Sarawak PGA perkasa 'community policing' jaga sempadan Sarawak-Kalimantan Bridged Sarawak PGA perkasa 'community policing' jaga sempadan Sarawak-Kalimantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641019920_BridgedSarawakPGA.jpg)
Bridged Sarawak PGA perkasa 'community policing' jaga sempadan Sarawak-Kalimantan
Para petugas PGA akan sentiasa mendampingi mereka terutamanya di kawasan tanggungjawab Hot Spot OP Benteng COVID di sempadan Sarawak-Kalimantan.