LONDON: Syarikat penerbangan British Airways buat kali pertama dalam tempoh hampir 20 tahun memperkenalkan pakaian seragam baharu, jumpsuit dengan menyertakan pilihan tunik.
Malah, kru kabin wanita beragama Islam turut dibenarkan memakai tudung semasa bertugas.
British Airways menyifatkan rombakan seragam itu sebagai 'airlines first' dan seramai 30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat tersebut akan dilihat dengan pakaian seragam baharu itu menjelang musim panas ini.
Reka bentuk pakaian seragam itu dihasilkan oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan sejak 2020 akibat pandemik COVID-19.
Pakaian seragam itu juga menyediakan alternatif buat kru kabin lelaki yang boleh memilih untuk memakai sut tiga helai yang dipadankan bersama, manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar selain daripada jumpsuit.
"Lebih 1,500 kakitangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian dan mereka secara rahsia telah menguji pakaian seragam baharu ini selama enam bulan dalam penerbangan kargo," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Tue Jan 10 2023

Antara seragam baharu British Airways yang dihasilkan pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng. - Foto British Airways

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Tiga syarikat penerbangan baharu bakal beroperasi di KLIA akhir tahun ini - MAHB
MAHB menyasarkan kehadiran tiga syarikat penerbangan baharu seperti British Airways, Vietjet Air dan 9 Air untuk mula beroperasi menjelang akhir tahun ini.

British Airways sambung semula laluan ke Kuala Lumpur November ini
British Airways akan menyambung semula laluannya ke Kuala Lumpur mulai November ini.

50 penerbangan British Airways batal akibat masalah IT
Terdapat lebih 50 penerbangan yang berlepas dari Heathrow dibatalkan dan syarikat penerbangan itu meminta penumpang menyemak status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.

Mogok: British Airways batal berpuluh penerbangan menjelang cuti Easter
British Airways pada Isnin mengumumkan pembatalan kira-kira 32 penerbangan sehari membabitkan Lapangan Terbang Heathrow London pada permulaan cuti Easter akibat mogok.

British Airways benar kru kabin pakai tudung
Reka bentuk pakaian seragam itu dihasilkan oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan sejak 2020 akibat pandemik COVID-19.

British Airways batalkan 10,000 penerbangan untuk tempoh 6 bulan akan datang
Lebih 600 perjalanan pergi dan balik bakal dibatalkan sehingga 29 Oktober.

Enjin pesawat British Airways terbakar di lapangan terbang
Semua penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan dengan selamat dari pesawat berkenaan.

COVID-19: British Airways mohon penerima vaksin diberi kebenaran lakukan perjalanan tanpa sekatan
Syarikat penerbangan British Airways menyatakan individu yang telah disuntik vaksin COVID-19 perlu dibenarkan melakukan perjalanan tanpa batasan.

British Airways sambung semula penerbangan ke Malaysia
Syarikat penerbangan itu akan membawa semua pelanggannya ke London dan laluan penerbangan lain dalam rangkaian penerbangannya sekarang.

British Airways henti perkhidmatan Boeing 747
British Airways akan menghentikan perkhidmatan pesawat itu dengan segera susulan kemerosotan industri pelancongan akibat COVID-19.