KUALA LUMPUR:British Airways telah menyambung semula penerbangan ke Kuala Lumpur mulai Sabtu selepas enam bulan terhenti.
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan empat penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur, memberikan pelanggan di Malaysia pilihan penerbangan yang selesa bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan terus ke United Kingdom (UK) atau laluan penerbangan lain.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Jualan bagi Asia Pasifik dan Timur Tengah British Airways, Moran Birger berkata syarikat penerbangan itu akan membawa semua pelanggannya ke London dan laluan penerbangan lain dalam rangkaian penerbangannya sekarang.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada sekatan perjalanan udara dan larangan kemasukan serta sekatan sambungan penerbangan, dokumen yang diperlukan dan syarat kemasukan diperlukan.
Beliau berkata pelanggan boleh membuat tempahan secara langsung dengan British Airways dengan melayari laman web, ba.com atau dengan menghubungi ejen pelancongan mereka.
"Setelah sekian lama keadaan ketidakpastian yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 di peringkat global, kami gembira dapat menyediakan empat penerbangan dalam seminggu dari Kuala Lumpur ke London Heathrow, United Kingdom (UK).
"Kami tahu ramai pelanggan kami di Malaysia telah menunggu untuk bertemu semula dengan orang yang tersayang atau melakukan urusan perniagaan, justeru penerbangan ini memberi peluang kepada mereka melakukannya menerusi perkhidmatan penerbangan disediakan British Airways ini," katanya.
Sebagai tambahan, sebagai pencegahan terhadap penularan COVID-19, British Airways telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan meminta pelanggan untuk mematuhi langkah-langkah baharu ini bagi kesejahteraan semua orang yang melakukan perjalanan tersebut.
Ini termasuk daftar masuk secara dalam talian, memuat turun pas masuk untuk ke balai pelepasan dan mengimbas sendiri pas masuk mereka di pintu pelepasan lapangan terbang; mematuhi penjarakan fizikal dan menggunakan cecair pembasmi kuman yang disediakan di lapangan terbang dan memakai pelitup muka pada setiap masa dan membawa bekalan pelitup muka mencukupi untuk menggantikannya setiap empat jam untuk penerbangan jarak jauh.
Pelanggan juga diminta untuk tidak melakukan perjalanan udara jika mereka mempunyai gejala COVID-19, dan kru kabin pula telah diarahkan supaya memakai peralatan pelindung diri dan perkhidmatan menyediakan makanan cara baharu akan mengurangkan masa berinteraksi dengan pelanggan.
Pelanggan juga mesti memastikan bahawa mereka mempunyai semua yang mereka perlukan termasuk bagasi kabin sebelum berlepas dan sekiranya boleh, mereka diminta meletakkan bagasi kabin di bawah tempat duduk di hadapan mereka.
Syarikat penerbangan akan membersihkan semua permukaan utama dalam pesawat termasuk tempat duduk, skrin di kerusi, taling pinggang keselamatan dan dulang membawa makanan pada setiap penerbangan dan setiap ruang dalam pesawat dibersihkan sepenuhnya.
Sistem pengudaraan di semua pesawat British Airways dikitar semula selepas melalui tapisan udara partikel keberkesanan tinggi (HEPA) yang menghapuskan bakteria mikroskopik dan virus dengan berkesan pada kadar daripada 99.9 peratus, setaraf dengan standard bilik pembedahan di hospital.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata British Airways akan menjadi syarikat penerbangan ketiga yang menawarkan laluan penerbangan ke Eropah.
MAHB merasa lega kerana banyak syarikat penerbangan antarabangsa telah menyambung semula operasi penerbangan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), katanya.
"Sehingga kini, kami mempunyai sekitar 33 syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA. MAHB akan terus melakukan yang terbaik dalam memastikan memberikan pengalaman lapangan terbang yang selamat untuk penumpang kami.
"MAHB mematuhi sepenuhnya garis panduan ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) serta pihak berkuasa tempatan berkaitan semua protokol kesihatan dan keselamatan," kata Mohd Shukrie.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 03 2020

British Airways telah menyambung semula penerbangan ke Kuala Lumpur mulai Sabtu selepas enam bulan terhenti. -Gambar fail/EPA
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Tiga syarikat penerbangan baharu bakal beroperasi di KLIA akhir tahun ini - MAHB
MAHB menyasarkan kehadiran tiga syarikat penerbangan baharu seperti British Airways, Vietjet Air dan 9 Air untuk mula beroperasi menjelang akhir tahun ini.

British Airways sambung semula laluan ke Kuala Lumpur November ini
British Airways akan menyambung semula laluannya ke Kuala Lumpur mulai November ini.

50 penerbangan British Airways batal akibat masalah IT
Terdapat lebih 50 penerbangan yang berlepas dari Heathrow dibatalkan dan syarikat penerbangan itu meminta penumpang menyemak status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.

Mogok: British Airways batal berpuluh penerbangan menjelang cuti Easter
British Airways pada Isnin mengumumkan pembatalan kira-kira 32 penerbangan sehari membabitkan Lapangan Terbang Heathrow London pada permulaan cuti Easter akibat mogok.

British Airways benar kru kabin pakai tudung
Reka bentuk pakaian seragam itu dihasilkan oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan sejak 2020 akibat pandemik COVID-19.

British Airways batalkan 10,000 penerbangan untuk tempoh 6 bulan akan datang
Lebih 600 perjalanan pergi dan balik bakal dibatalkan sehingga 29 Oktober.

Enjin pesawat British Airways terbakar di lapangan terbang
Semua penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan dengan selamat dari pesawat berkenaan.

COVID-19: British Airways mohon penerima vaksin diberi kebenaran lakukan perjalanan tanpa sekatan
Syarikat penerbangan British Airways menyatakan individu yang telah disuntik vaksin COVID-19 perlu dibenarkan melakukan perjalanan tanpa batasan.

British Airways sambung semula penerbangan ke Malaysia
Syarikat penerbangan itu akan membawa semua pelanggannya ke London dan laluan penerbangan lain dalam rangkaian penerbangannya sekarang.

British Airways henti perkhidmatan Boeing 747
British Airways akan menghentikan perkhidmatan pesawat itu dengan segera susulan kemerosotan industri pelancongan akibat COVID-19.