LOS ANGELES: Penyanyi terkenal, Britney Spears memberi amaran enggan membuat persembahan di pentas selagi bapanya masih diberi kuasa untuk mengawal kerjaya dan kehidupannya.
"Bagi anda yang mengkritik video tarian yang saya muat naik di sini (Instagram), dengar. Saya tidak akan tampil di pentas selagi bapa saya mengawal apa yang saya pakai, cakap, bertindak dan berfikir," katanya dalam catatan panjang lebar di Instagram.
"Konservatori ini membunuh impian saya. Yang saya ada kini cuma harapan tetapi itu pun ada yang mahu rampas daripada saya.
"Banyak dokumentari menyiarkan detik-detik memalukan dari masa lalu, sedangkan saya sudah melupakannya," tulisnya.
Bapa Spears, Jamie diberi hak sepenuhnya untuk mengawal peribadi, harta dan aset anak keduanya yang berjumlah hampir AS$60 juta, sejak kira-kira 13 tahun lalu.
Ia susulan penyanyi 'Baby, One More Time' itu dikatakan mengalami masalah mental.
Awal Julai lalu, Spears memberitahu hakim dalam perbicaraan kes di Los Angeles yang dia sangat takut dengan ayahnya, selain menyifatkan konservatori itu sebagai satu penganiayaan.
Spears juga mendapat hak untuk mengupah peguamnya sendiri dan Pendakwa Raya Persekutuan, Mathew Rosengart dilantik mewakilinya.
Awal tahun ini, sebuah dokumentari mengenai Spears, berjudul 'Framing Britney Spears', dicalonkan untuk dua anugerah Emmy, sekaligus membuka cerita yang selama ini tidak diketahui ramai.
Peminat dan selebriti mula bercakap mengenai konservatori Britney di media sosial menggunakan hashtag #FreeBritney.
Perbicaraan bakal bersambung pada 29 September depan di Los Angeles.
Astro Awani
Mon Jul 19 2021
![Britney Spears beri amaran, enggan muncul di pentas selagi bapanya 'berkuasa' Britney Spears beri amaran, enggan muncul di pentas selagi bapanya 'berkuasa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613095605_britney.jpg)
Bapa Spears, Jamie diberi hak sepenuhnya untuk mengawal peribadi, harta dan aset anak keduanya yang berjumlah hampir AS$ 60 juta. - Foto AP
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
!['Saya tahu saya mengecewakan', Justin Timberlake mohon maaf daripada Britney Spears dan Janet Jackson 'Saya tahu saya mengecewakan', Justin Timberlake mohon maaf daripada Britney Spears dan Janet Jackson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613199792_mashup.jpg)
'Saya tahu saya mengecewakan', Justin Timberlake mohon maaf daripada Britney Spears dan Janet Jackson
Timberlake menyatakan sedemikian menerusi akaun Instagramnya selepas menerima kritikan pada minggu ini di media sosial dan media arus perdana.
![Akhirnya... Britney Spears keluar pusat rawatan mental Akhirnya... Britney Spears keluar pusat rawatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41556287228_britney-newbefunky-collage.jpg)
Akhirnya... Britney Spears keluar pusat rawatan mental
Penyanyi berusia 37 tahun itu telah berehat secukupnya dan bersedia menjalani kehidupan harian seperti biasa.