BROADCOM dan TSMC dilaporkan dalam perbincangan untuk membeli beberapa perniagaan Intel.


Ringkasan AI
  • Broadcom dan TSMC dalam perbincangan untuk membeli beberapa perniagaan Intel; Broadcom berminat dengan rekaan cip, TSMC dengan kilang pengeluaran.
  • CEO Intel, Pat Gelsinger, diminta meletakkan jawatan kerana prestasi syarikat yang merosot; Intel ingin menjual perniagaan yang tidak menguntungkan.
  • Intel menghadapi masalah dengan pengeluaran cip Gen-13 dan Gen-14 serta cip AI yang gagal bersaing dengan NVIDIA.


Broadcom berminat membeli perniagaan rekaan cip Intel manakala TSMC pula berminat membeli beberapa kilang pengeluaran.

Kedua-dua syarikat dipercayai masih lagi di peringkat awal perbincangan. Pertemuan dengan wakil kerajaan Amerika Syarikat juga diadakan bagi memastikan jualan Intel kepada syarikat Taiwan tidak dilihat sebagai mendatangkan risiko kepada keselamatan negara.

Kerana nasib syarikat mula goyah, CEO Pat Gelsinger telah diminta untuk meletakkan jawatan sebelum dipecat. Intel dilaporkan ingin menjual perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan walaupun selepas membuang lebih 15,000 kakitangan tahun lalu.

Antara kesilapan yang dilakukan ialah isu pengeluaran cip Intel Gen-13 dan Gen-14 yang menyebabkan ia perlu ditukar serta cip AI yang gagal mencapai sasaran jualan kerana tidak kompetitif berbanding cip NVIDIA. -Amanz