Pengangkutan awam menggunakan teknologi mesra alam pertama negara, sistem Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway) membuka lembaran baharu dalam perkhidmatan pengangkutan awam negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem pengangkutan BRT-Laluan Sunway yang dibangunkan Kumpulan Prasarana dan Kumpulan Sunway itu merupakan projek pengangkutan awam yang mencapai piawaian antarabangsa dan amat membanggakan negara.
"Projek ini memenuhi hasrat kerajaan untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang efisien, boleh diharap dan selesa," katanya semasa merasmikan sistem BRT-Laluan Sunway di Kompleks BRT Sunway dekat sini hari ini.
Najib turut melancarkan bas elektrik pertama pada majlis itu yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai bas elektrik pertama negara yang digunakan untuk sistem pengangkutan awam.
Beliau berkata apa yang dicapai hari ini merupakan teknologi pintar dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya dan pengurangan pelepasan gas karbon.
Katanya bagi meningkatkan minat masyarakat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu, tiada bayaran dikenakan mulai esok untuk tempoh dua bulan.
Perdana menteri berkata sistem BRT-Laluan Sunway ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi hijau dan gaya kehidupan baharu yang mesra alam dalam perkhidmatan pengangkutan awam.
Najib turut memuji kaedah pelaksanaan projek BRT yang merupakan kerjasama awam-swasta (PPP) antara Kumpulan Prasarana dengan Kumpulan Sunway, dan berharap lebih banyak kerjasama dapat dilakukan dalam memajukan pengangkutan awam negara.
Beliau berkata pelaksanaan sistem pengangkutan itu merupakan capaian penting negara ke arah mengajak masyarakat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan lebih kerap dan mengurangkan penggunaan kereta persendirian seperti dilakukan di negara maju.
"Ada sesetengah negara maju yang penduduknya menyimpan kenderaan di 'country side' dan menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana. Kita juga boleh melakukannya jika mempunyai sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan masalah ini telah dikenal pasti kerajaan, " katanya.
Beliau berkata untuk itu, sistem pengangkutan awam, khasnya di Lembah Klang, perlu diselaraskan, dan BRT perlu diperluaskan di projek pengangkutan awam yang lain.
Najib berkata kerajaan, tanpa ragu, telah meletakkan pembangunan sistem pengangkutan awam sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerana sedar dan peka bahawa ia merupakan cabaran penting dalam Pelan Transformasi negara.
"Kita letakkan pengangkutan awam dalam NKRA sebab selama ini kita gagal wujudkan pengangkutan awam yang bersepadu. Oleh kerana itu, kita wujudkan Kumpulan Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk melaraskan pengangkutan awam negara," katanya.
Najib berkata kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM23 bilion untuk pembinaan jajaran transit aliran massa (MRT) yang baharu bakal menghubungkan Sungai Buloh ke Putrajaya.
Pada masa sama, kerajaan juga telah mengumumkan pembinaan jajaran sistem transit aliran ringan (LRT) ketiga bernilai RM9 bilion bagi menghubungkan Bandar Utama, Shah Alam dan Klang, katanya.
Najib kemudian menaiki bas elektrik mengelilingi kawasan sekitar selama 30 minit.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Jeffrey Cheah.
Sistem BRT-Laluan Sunway menjadi perkhidmatan bas pertama menggunakan 'elevated track' atau laluan bertingkat sekali gus memastikan perjalanan dapat dirancang hingga waktu terakhir.
Ia juga merupakan perkhidmatan bas awam henti-henti pertama yang menggunakan bas elektrik sepenuhnya di negara ini. Kos pembinaan infrastruktur dan sistem pengangkutan awam itu sebanyak RM634 juta.
Sistem BRT-Laluan Sunway yang meliputi laluan bertingkat sejauh 5.4 kilometer itu menempatkan tujuh buah stesen dari Sunway-Setia Jaya sehingga USJ7, Subang Jaya, dan akan dihubungkan ke stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu Setia Jaya dan sistem LRT yang sedang dibina di USJ 7 yang akan dibuka tahun depan.
Sementara itu Ismail dalam ucapan alu-aluannya berkata BRT-Sunway Line akan beroperasi mulai esok di tujuh stesen iaitu Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash, South Quay dengan USJ7 sebagai stesen terakhir dengan kemudahan 'park and ride' turut disediakan.
Katanya 15 bas mesra alam akan digunakan dengan setiap bas boleh memuatkan 67 orang, termasuk penumpang berdiri, pada satu-satu masa.
Beliau berkata BRT-Sunway Line akan memberi perkhidmatan kepada 500,000 penduduk di Bandar Sunway dan Subang Jaya.
Ismail berkata dijangkakan 2,400 penumpang setiap jam akan menggunakan perkhidmatan itu tahun ini dan jumlah itu diramalkan meningkatkan kepada 5,200 orang pada tahun 2035.
Bernama
Mon Jun 01 2015
![BRT-Laluan Sunway, lembaran baharu sistem pengangkutan mesra alam BRT-Laluan Sunway, lembaran baharu sistem pengangkutan mesra alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61433171241_295x200.jpg)
Najib turut melancarkan bas elektrik pertama pada majlis itu yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai bas elektrik pertama negara yang digunakan untuk sistem pengangkutan awam.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
![Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Jan bagi penambahbaikan sistem Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Jan bagi penambahbaikan sistem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724162924_myrapidMy.jpg)
Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Jan bagi penambahbaikan sistem
Proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh sementara waktu bermula 23 Dis ini hingga 31 Jan depan di semua kaunter khidmat pelanggan rel, sistem Bas Rapid Transit (BRT) dan hab bas Rapid KL.</span&
![Diskaun 20 peratus tambang BRT berakhir hari ini Diskaun 20 peratus tambang BRT berakhir hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41617200265_prasarana.jpg)
Diskaun 20 peratus tambang BRT berakhir hari ini
Diskaun 20 peratus untuk tambang perkhidmatan Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT) yang diperkenalkan pada 2018 berakhir hari ini.
![Mempraktikkan Garis Panduan Bus Rapid Transit (BRT) sebenar Mempraktikkan Garis Panduan Bus Rapid Transit (BRT) sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51552963120_BRT.jpg)
Mempraktikkan Garis Panduan Bus Rapid Transit (BRT) sebenar
Syarat utama yang harus ada adalah tahap ketersediaan, keselamatan dan piawaian yang tinggi perlu dipenuhi.
![Tambang BRT laluan Sunway diturunkan 20 peratus mulai 1 Dis Tambang BRT laluan Sunway diturunkan 20 peratus mulai 1 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41542144218_RAPID.jpg)
Tambang BRT laluan Sunway diturunkan 20 peratus mulai 1 Dis
Insentif pengurangan tambang itu diharap dapat memberi impak positif kepada jumlah pengguna perkhidmatan BRT.
![Bajet 2016 rangsang peningkatan peratusan penggunaan pengangkutan awam Bajet 2016 rangsang peningkatan peratusan penggunaan pengangkutan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81445604251_PengangkutanBUDGET.jpg)
Bajet 2016 rangsang peningkatan peratusan penggunaan pengangkutan awam
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melihat beberapa cadangan dalam Bajet 2016 bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030.
![BRT-Laluan Sunway, lembaran baharu sistem pengangkutan mesra alam BRT-Laluan Sunway, lembaran baharu sistem pengangkutan mesra alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61433171241_295x200.jpg)
BRT-Laluan Sunway, lembaran baharu sistem pengangkutan mesra alam
Sistem Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway) membuka lembaran baharu dalam perkhidmatan pengangkutan awam negara.
![Perkhidmatan bas elektrik pertama Malaysia bakal beroperasi Jun ini Perkhidmatan bas elektrik pertama Malaysia bakal beroperasi Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/81426587876_295x200.jpg)
Perkhidmatan bas elektrik pertama Malaysia bakal beroperasi Jun ini
Perkhidmatan Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT) bakal mencatat sejarah sebagai perkhidmatan bas elektrik penuh negara yang pertama.