KUALA LUMPUR: Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
Menurut laman sesawang World Aquatic, atlet berusia 20 tahun itu merekodkan 52.78 saat (s) untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan saringan tujuh di Pusat Akuatik Hamad hari ini, mengatasi rekod terdahulu yang juga miliknya sendiri, 52.96s dilakukan pada kejohanan sama di Fukuoka, Jepun pada Julai tahun lepas.
Bagaimanapun, ia tidak dapat membantu Bryan untuk berada dalam kelompok 16 perenang mara ke separuh akhir selepas sekadar menduduki tempat ke-21 daripada 66 peserta.
Bryan yang melanjutkan pelajaran dalam bidang neurosains dan psikologi di King's College London juga tidak berjaya meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tidak mencapai masa kelayakan Olimpik (OQT) ditetapkan iaitu 51.67s dan masa pertimbangan Olimpik (OCT) 51.93s.
"Saya gembira dapat memperbaiki rekod kebangsaan. Bagaimanapun, saya masih bekerja keras dan memburu kelayakan Olimpik, harapnya saya dapat capai," katanya ketika dihubungi.
Bryan dijangka menyertai beberapa kejohanan lagi sebelum tempoh kelayakan Olimpik tamat pada 23 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024

Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar. - Foto Instagram/@malaysia_aquatics

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.

Bryan perbaharui rekod kebangsaan 50m kuak kupu-kupu di Budapest
Bryan merekodkan masa 23.64 saat (s) untuk menamatkan saingan saringan lima di tempat ketiga di belakang Lamar Taylor dari Bahamas (23.24s).

Renang Piala Dunia: Dua rekod kebangsaan diperbaharui
Saingan yang berlangsung bermula semalam menyaksikan dua rekod kebangsaan jarak pendek telah diperbaharui.

Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam
Nur Syaiful menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat di Paris La Defense Arena.

Olimpik Paris 2024: Ungguli saringan, namun Rouxin terlepas separuh akhir
Perenang negara Tan Rouxin gagal menempatkan diri dalam 16 terbaik untuk bertanding dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di sini, hari ini.

Hoe Yean mahu pecah rekod kebangsaan di Olimpik Paris
Perenang negara Khiew Hoe Yean menyasarkan untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) di Sukan Olimpik Paris 2024.

Terbuka Malaysia: Andrew cipta rekod kebangsaan 100m kuak dada
Perenang berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 1 minit 02.30 saat untuk memadam rekod perenang Selangor, Ng Jing Fu 1:2.34s pada edisi 2019.

Bryan perbaharui rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu di Doha
Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.

Beraksi di saingan akhir pada Sukan Asia sulung jadi impian Hoe Yean
Jaguh renang negara Khiew Hoe Yean sasar untuk beraksi sekurang-kurangnya pada saingan akhir Sukan Asia sulungnya di Hangzhou.

Bryan Leong lebur rekod kebangsaan 14 tahun di Chengdu
Bryan mencatat 24.35 saat (s) pada saingan separuh akhir satu di Dong'an Lake Sports Park Aquatics Centre sekali gus memadam rekod lama.

Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara
Hoe Yean mempamerkan renangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula untuk menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat (s).