Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.
"Kita tidak mahu BTN, ia akan dimansuhkan," katanya pada forum bertajuk "Perubahan Landskap Politik dan Aspirasi Belia" di Sunway University, di sini.
Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN yang dikecam pihak tertentu sejak beberapa tahun lepas kerana mendakwa biro itu digunakan untuk memupuk doktrin perkauman serta ketaksuban dan hanya menguntungkan tuan politiknya.
Menyentuh mengenai perkara lain, Anggota Parlimen Muar itu berkata beliau komited terhadap cadangan agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
"Saya komited untuk menjadikannya suatu kenyataan dalam penggal pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sekarang.
"Kita tidak boleh memandang rendah kebijaksanaan mereka berusia 18 tahun dan menilai lebih tinggi kebijaksanaan mereka berusia lebih 50 tahun," katanya.
Syed Saddiq berkata sebaik sahaja Pakatan Harapan membuat pengumuman bahawa mereka yang berusia 18 tahun layak mengundi, insentif besar akan diberi kepada parti politik agar mereka mendampingi kumpulan itu.
"Minda pengundi muda adalah lebih terbuka, mereka juga terbuka kepada dialog dan forum serta berminat dengan Malaysia yang pelbagai kaum," jelas beliau.
Bagamanapun, katanya konsep memperkenalkan identiti Malaysia dalam kalangan orang muda tidak akan tercapai sekiranya tiada pembaharuan institusi. -- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 09 2018

Syed Saddiq mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN yang dikecam pihak tertentu sejak beberapa tahun lepas. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar - Mohd Armizan
Awang Askandar, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest di Himalaya.

BTN medium doktrin: 'Memanglah!' - Khairy
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui program Biro Tatanegara (BTN) mempunyai elemen doktrin politik dalam modul yang dilaksanakannya.

BTN, PLKN dimansuhkan serta-merta
Mesyuarat Kabinet minggu lalu memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.

BTN akan dimansuhkan tidak lama lagi, kata Syed Saddiq
Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

Pulihkan BTN, jangan mansuh - Pensyarah
Kerajaan perlu teliti semula bahagian yang mungkin dirasakan tidak sesuai kerana BTN sendiri ada banyak aset serta bakat yang perlu diuruskan.

Sudah sampai masanya BTN dimansuhkan - Nik Nazmi
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan.

Biro Tatanegara masih relevan- PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Biro Tatanegara (BTN) masih relevan dan mampu meneruskan perjuangan kerajaan.

Laksana program BTN ikut kesesuaian tempat golongan sasar
Pelaksanaan program Biro Tatanegara (BTN) perlu diadakan mengikut kesesuaian tempat golongan sasar di negeri ini, kata Pengarah BTN Sabah Datuk Ibrahim Saad.