Biro Tatanegara (BTN) sentiasa memberi sokongan kepada komuniti indie kerana menyedari golongan tersebut juga memberi sumbangan kepada negara.
Koordinator Indie Pop Fest, Zainal Rashid Ahmad menjelaskan BTN mendekati komuniti indie kerana melihat kelompok ini memainkan peranan tersendiri terutama bagi golongan muda di bandar.
Katanya, sejak 2012, BTN telah mula memberikan sokongan dalam bentuk kewangan untuk menjayakan beberapa acara seperti Pop Fest.
"Ia bermula selepas satu sesi meja bulat antara beberapa komuniti indie dengan pihak dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan BTN.
"Selepas pertemuan itu bermula sokongan dari BTN menerusi beberapa acara termasuk Pop Fest dan juga ada filem pendek dihasilkan," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.
Zainal tampil membuat penjelasan berhubung perkara ini selepas kontroversi slaid di laman web BTN yang dilabelkan bersifat 'anti-establishment' dan mendatangkan kesan negatif kepada kerajaan.
BACA: Penerbit buku indie sifatkan dakwaan dalam slaid BTN kelakar
Sebelum ini, sebuah portal mendedahkan laporan di laman BTN yang menggesa kerajaan mengharamkan buku terbitan penerbit Indie kerana dikatakan memberi kesan negatif kepada kerajaan.
Lapor portal berkenaan, dokumen yang disediakan oleh bahagian penyelidikan dan penerbitan BTN itu antara lainnya mendakwa, bahan penerbitan berkenaan bersifat 'lucah' dan 'bebas'.
BACA: Penerbit Indie: 'Jangan terasalah, itu cuma perbincangan ilmiah' - KP BTN
Mengulas dakwaan tersebut, Zainal Rashid berkata, beliau dimaklumkan bahawa slaid berkenaan hanyalah perbincangan dalaman bukan pendirian BTN terhadap komuniti indie.
Malah beliau menjelaskan, kepimpinan BTN juga telah menegaskan bahawa BTN akan terus memberi sokongan kepada komuniti indie kerana sumbangan meraka terhadap negara.
"Pihak BTN telah menegaskan bahawa mereka akan terus memberi sokongan kepada komuniti indie dan apa yang berlaku merupakan salah faham," katanya.
Irwan Muhammad Zain
Thu Jun 18 2015
ZAINAL RASHID: BTN beri sokongan kepada komuniti indie. -Astro AWANI
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
Nurul Izzah sedia bersaing secara sihat
Jaguh berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sedia bersaing secara sihat dengan pelumba muda terutama yang sedang meningkat naik Nur Alyssa Farid.
AWANI Ringkas: Bekalan ikan Ramadan, Aidilfitri
AWANI Ringkas: Bekalan ikan Ramadan, Aidilfitri
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan, menyatukan kepakaran dan sumber dari pelbagai jabatan kerajaan untuk menyelaraskan operasi di semua pintu masuk negara.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya akan melihat data sedia ada yang diperoleh daripada operasi 19 pintu masuk awal di bawah AKPS sebelum ke fasa pelaksanaan seterusnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya akan melihat data sedia ada yang diperoleh daripada operasi 19 pintu masuk awal di bawah AKPS sebelum ke fasa pelaksanaan seterusnya.
Cromok dan Amuk bersatu buat kali pertama dalam Konsert Kasi Gegar!
Cromok bakal berganding bahu dengan Amuk dalam Konsert Kasi Gegar!.
Hujan lebat berterusan 4 hingga 7 februari di Sabah & Sarawak
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 4 sehingga 7 Februari 2025 di Sabah dan Sarawak.
Semakin pulih di Sarawak, 12 PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
APM jadi tenaga pelatih utama program baharu ganti PLKN, BTN
Pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada kementerian terlibat sebelum perancangan berkenaan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat untuk diluluskan.
Ganti PLKN, BTN: Perlu holistik, jangan doktrin anak muda - Asyraf Wajdi
Ia juga tidak perlu terikat kepada cara kita menyanyi lagu-lagu patriotik ataupun seperti cara BTN dahulu (menyanyikan lagu) Anak Kecil Main Api dan sebagainya.
Isu penamatan kontrak kem latihan PLKN dibawa kepada PM hari ini
Pihaknya mengambil maklum perkara tersebut yang menjadi rungutan di kalangan pengusaha memandangkan kontrak yang ditandatangani bersama kerajaan lama sepatutnya tamat pada 2020.
KBS jamin tidak 'hukum' kakitangan PLKN, BTN
Kementerian Belia dan Sukan memberi jaminan tidak akan 'menghukum' kakitangan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN).
BTN medium doktrin: 'Memanglah!' - Khairy
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui program Biro Tatanegara (BTN) mempunyai elemen doktrin politik dalam modul yang dilaksanakannya.
BTN, PLKN dimansuhkan serta-merta
Mesyuarat Kabinet minggu lalu memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.
Penjenamaan semula BTN diteliti
Biro Tatanegara tidak lagi akan menjadi ejen yang boleh digunakan pihak tertentu untuk 'menonjolkan motif mereka yang tersendiri'.
BTN akan dimansuhkan tidak lama lagi, kata Syed Saddiq
Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.
Pulihkan BTN, jangan mansuh - Pensyarah
Kerajaan perlu teliti semula bahagian yang mungkin dirasakan tidak sesuai kerana BTN sendiri ada banyak aset serta bakat yang perlu diuruskan.
Sudah sampai masanya BTN dimansuhkan - Nik Nazmi
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan.