MELAKA: Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.
Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu selepas Syntronixs Asia Sdn Bhd selaku Orang Kena Saman (OKS) yang diwakili pengarahnya, Yong Kuan Ho, 53, mengaku bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, kilang berkenaan didapati melepaskan efluen perindustrian melebihi had Piawaian B seperti mana ditetapkan ke dalam perairan pedalaman, yang mana kandungan Biological Oxygen Demand (BOD) mempunyai kepekatan tinggi.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira 11.10 pagi hingga 1 tengah hari pada 18 Ogos 2022 di No 8722, Plot 8, Kawasan Perindustrian Bebas Batu Berendam, Mukim Bachang, dalam daerah Melaka Tengah.
Kilang tersebut didapati melepaskan BOD sebanyak 77 miligram per liter (mg/l) melebihi had dibenarkan iaitu 50 mg/l seperti ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindusrian), 2009 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
Jika sabit kesalahan, OKS boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Melaka Elbyta Rozana Mohd Hatta, mencadangkan mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada syarikat dan pemain industri lain, kerana ia kesalahan kali keempat dilakukan syarikat itu.
Beliau berkata syarikat itu sebelum ini telah didenda keseluruhan sebanyak RM85,000 pada 2010, 2018 dan 2020, kerana didapati melakukan kesalahan di bawah peraturan sama.
Sementara itu, peguam Christal Wong yang mewakili Yong, memohon mahkamah mengurangkan denda kerana OKS mengaku bersalah seterusnya menjimatkan masa dan kos.
Hakim kemudian mengarahkan OKS membayar denda RM30,000 selepas OKS mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu selepas Syntronixs Asia Sdn Bhd selaku Orang Kena Saman (OKS) yang diwakili pengarahnya, Yong Kuan Ho, 53, mengaku bersalah. - Gambar hiasan

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Lima rakan mengaku tidak bersalah rompak kilang elektronik
Lima rakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan di sebuah kilang elektronik.

Samun kilang elektronik: Enam lelaki tempatan ditahan reman
Suspek yang berusia antara 27 dan 47 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Ipoh, Pulau Pinang dan Selangor.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

COVID-19: Dr Adham turun padang tinjau penguatkuasaan SOP di kilang
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini turun padang meninjau pelaksanaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 di sebuah kilang elektronik di sini.