PORT DICKSON: Seorang pengurus syarikat pembinaan sanggup membuat laporan polis palsu kehilangan wang gaji pekerja berjumlah RM39,800 selepas duit berkenaan habis digunakan untuk berjudi.
Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima laporan polis yang dibuat lelaki berusia 32 tahun itu pada jam 9.33 malam Jumaat.
"Dia mendakwa pada hari sama jam 2.30 petang telah mengeluarkan wang RM45,000 dari sebuah bank di Cyberjaya bagi tujuan membayar gaji pekerja dan menyimpan wang tersebut di dalam beg sandang lalu diletakkan di bawah kerusi tempat duduk pemandu.
"Seterusnya, dia pulang ke Port Dickson sebelum singgah ke rumah bapa saudaranya di Lukut dengan menyerahkan wang sebanyak RM4,700 dan membeli beberapa barang, kemudian ke kedai makan di Taman Sentosa sebelum menyimpan wang baki di dalam kereta," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, lelaki itu mendakwa duit dan beg sandang berkenaan hilang sebaik dia kembali semula ke kenderaan namun tiada kesan pecah cermin pada kenderaannya.
"Hasil soal siasat polis mendapati, lelaki itu sengaja mengada-adakan cerita tentang kehilangan wang berjumlah RM39,800 dengan tujuan dapat melewatkan pembayaran gaji pekerja kerana wang itu telah habis digunakan untuk bermain judi di sebuah tempat perjudian berlesen.
"Kes ini di siasat kerana memberi keterangan palsu," ujarnya.
Polis memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan orang awam diingatkan supaya tidak membuat laporan polis palsu bagi mengelakkan diambil tindakan undang-undang.
Aidi Sham berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Jan 15 2022

Hasil soal siasat polis mendapati, lelaki itu sengaja mengada-adakan cerita tentang kehilangan wang berjumlah RM39,800. - Gambar hiasan

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Suspek kes bunuh Norshamira ada enam rekod kes judi - Polis
Siasatan polis setakat ini mendapati lelaki itu pernah disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan tiada rekod jenayah lain.

91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.

Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran ejen judi.

Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.

Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.

12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.

Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.

Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan
Kerajaan digesa pergiat usaha risikan naungan politik yang terlibat melindungi aktiviti perjudian dalam talian.