KOTA KINABALU: Populasi buaya di sungai Sabah dipercayai masih dalam saiz populasi yang sihat biarpun terdapat pertambahan haiwan itu sejak ia mula dilindungi daripada pemburuan besar-besaran sekitar 80-an.
Ahli Zoologi Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Abdul Hamid Ahmad berkata Sabah yang dilitupi kawasan berair memberikan habitat sesuai untuk buaya hidup selesa tidak kira di laut, sungai, tasik dan kolam.
Beliau berkata habitat itu serta kawasan terlindung daripada gangguan manusia juga telah memberikan kawasan pembiakan yang sesuai untuk buaya, dan jumlah pembiakan yang lebih banyak daripada kematian dipercayai menyebabkan pertambahan populasi itu.
"Populasi buaya ini boleh diuruskan dengan tujuan memberi pulangan ekonomi khususnya kepada penduduk yang berhampiran habitat haiwan itu seperti yang dijalankan di negara Australia dan Amerika Syarikat selain melindunginya sebagai khazanah semula jadi," katanya kepada Bernama.
Abdul Hamid berkata ketika ini langkah pihak berkuasa menembak buaya dilihat tidak menjejaskan populasi haiwan itu kerana ia adalah langkah kawalan untuk melupuskan buaya bersaiz besar yang berada di kawasan berpenduduk kerana semakin besar saiz buaya maka semakin besar mangsa yang akan ditangkap.
Katanya penduduk yang tinggal di kawasan yang mempunyai buaya biasanya boleh mengetahui kehadiran reptilia besar itu dan mereka tahu bagaimana mengelak daripada diserang namun kelalaian ataupun kekurangan kemudahan serta peralatan keselamatan menjadi punca kepada risiko serangan buaya.
"Tiada panduan khusus mengelak serangan buaya selain berhati-hati dan menggunakan alat atau struktur boleh melindungi diri seperti membina jeti dan berperahu," katanya berdasarkan kajian kes serangan buaya menunjukkan sering terjadi ketika mangsa berada dalam air atau di pinggir air, juga awal pagi atau senja.
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menerusi satu kajian yang dibuat selama dua tahun pada 2017 hingga 2019 berjaya merekodkan 2,886 ekor buaya membabitkan 10 sungai seluruh negeri ini dan kajian itu dilakukan 20 tahun sekali bagi menilai populasi buaya di negeri ini.
Pada masa ini, buaya air masin ialah spesies dilindungi di Sabah dan pada 2016, Malaysia memindahkan status buaya itu daripada Lampiran I kepada II, dengan pemburuan liar dihadkan kepada Sarawak dan kuota sifar untuk spesimen liar bagi negeri lain di Malaysia termasuk Sabah.
Sementara itu, Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) Prof Benoit Goossens berkata kuota harus dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk mengelak kepupusan populasi buaya jika lesen memburu buaya diberikan kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
Beliau berkata melupuskan atau membunuh buaya besar, kebanyakannya jantan di sungai-sungai berikutan konflik manusia-buaya, berpotensi mewujudkan lompang kuasa iaitu buaya jantan lain datang ke situ untuk tujuan penggantian.
"Saya percaya haiwan reptilia itu boleh dilupuskan yang mendatangkan bahaya kepada orang ramai, di bawah kawalan ketat Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk mengelakkan peningkatan pemburuan ke atas buaya termasuk buaya muda.
"Walaupun Australia mempunyai populasi buaya terbesar, jumlah serangan sangat terhad berbanding Indonesia dan Malaysia, ini disebabkan kempen kesedaran dan pendidikan awam yang sesuai," katanya sambil menambah papan tanda perlu dipasang di kawasan reptilia itu menghuni.
Goossens berkata beliau telah mengunjungi 10 sungai di Sabah antara 2017 dan 2019 untuk menjalankan penyelidikan mengenai buaya yang turut membantunya menghasilkan buku bertajuk, "Opogi: A Bornean Crocodile".
Buku setebal 88 muka surat yang diterbitkan pada 2019 itu mengisahkan mengenai seekor buaya jantan berusia setahun bernama Opogi yang tinggal di Sungai Kinabatangan di pedalaman Sabah, yang menurut Goossens, penulisan kisah Opogi adalah untuk memberi pembaca pengetahuan asas mengenai tabiat buaya dan habitatnya.
Bagaimanapun, menurut beliau ketika ini penyelidik belum dapat menentukan jumlah buaya di Sabah dan berdasarkan penyelidikan daripada 2017 hingga 2019, mendapati saiz populasi buaya di 10 sungai adalah 2,886 ekor sama seperti yang dilaporkan oleh JHL Sabah.
"Tinjauan ini juga mendapati Pusat Hidupan Liar Kinabatangan Bawah mempunyai jumlah populasi buaya terbesar di Sabah dengan anggaran sebanyak 1,368 ekor," katanya.
Beliau berkata keputusan itu menunjukkan bahawa dalam tempoh 20 tahun ini tidak menunjukkan bukti yang ketara mengenai peningkatan dalam populasi buaya di Sabah dan juga tidak menjadi faktor penentu dalam laporan konflik manusia-buaya.
"Ketiadaan mangsa yang digemari buaya besar, babi berjanggut berikutan wabak Demam Babi Afrika baru-baru ini di Sabah antara punca serangan buaya terhadap manusia meningkat," kata Goossens.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
![Buaya di Sabah dipercayai masih dalam saiz populasi sihat - Ahli zoologi Buaya di Sabah dipercayai masih dalam saiz populasi sihat - Ahli zoologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703411383_buaya.jpg)
Prof Benoit berkata, melupuskan atau membunuh buaya besar, kebanyakannya jantan, di sungai-sungai, berpotensi mewujudkan lompang kuasa iaitu buaya jantan lain datang ke situ untuk tujuan penggantian. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607776_IrSazaliHarun.jpg)
Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
Joehari Ayub sah presiden baharu FAM
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Ada banyak jawatankuasa boleh bincang isu hal ehwal bukan Islam
Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jika timbul sebarang isu sensitif, ia boleh dibawa ke Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama.
![Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738480283_buaya.jpg)
Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.
![Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738328269_MPOGCF.jpg)
Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.
![Kandang pembiakan buaya bolos, dikhuatiri banyak terlepas ke perairan Batam Kandang pembiakan buaya bolos, dikhuatiri banyak terlepas ke perairan Batam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736811608_buayabatam.jpg)
Kandang pembiakan buaya bolos, dikhuatiri banyak terlepas ke perairan Batam
Menurut Kompas, kejadian berlaku akibat kesan hujan lebat dan kenaikan paras air dalam beberapa hari kebelakangan ini.
![Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734056474_tbbuaya.jpg)
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
![Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732201328_PerhilitanBuaya.jpg)
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
![APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730515362_APM.jpg)
APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.
![Mahu pukat ikan, tertangkap buaya Mahu pukat ikan, tertangkap buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729066518_buaya.jpg)
Mahu pukat ikan, tertangkap buaya
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut bersama tangkapan yang lain dalam pukat milik nelayan di Bagan Ikan, Bagan Datuk dekat sini pagi tadi.
![Buaya baham pekerja ladang di Lahad Datu ditembak mati Buaya baham pekerja ladang di Lahad Datu ditembak mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726178969_Buayabaham.jpg)
Buaya baham pekerja ladang di Lahad Datu ditembak mati
Jabatan Hidupan Liar lepaskan lima das tembakan ke arah buaya itu bagi membolehkan mayat Rusdi Tambah diambil daripada mulutnya.
![Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam dibuka semula kepada awam Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam dibuka semula kepada awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726026996_TamanTasikSeksyen.jpg)
Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam dibuka semula kepada awam
Aktiviti riadah, berjoging dan berkelah di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam kini boleh dilakukan seperti biasa.
![Tiada lagi buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7 - Perhilitan Tiada lagi buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7 - Perhilitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725954061_TBBUAYASHAHLAMA.jpg)
Tiada lagi buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7 - Perhilitan
Perhilitan Selangor mengesahkan Taman Tasik Seksyen 7 dekat sini selamat dan tiada buaya lain dikesan berada di kawasan berkenaan setakat ini.