Seekor buaya tembaga seberat 300 kilogram, dengan ukuran panjang kira-kira 14 kaki (4.27 meter) dan lebar 2 kaki (0.61 meter) berjaya ditangkap di Sungai Ladang Pang Borung, Tawau pada Sabtu.
Buaya itu disedari memasuki perangkap dan berjaya ditangkap oleh pekerja yang hendak turun bekerja di ladang berkenaan pada kira kira jam 6 pagi.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Sailun Aris berkata pihaknya telah memasang perangkap tersebut sejak tiga hari lalu berdasarkan aduan pekerja ladang terlihat buaya berkenaan berjemur di tebing sungai.
Terdahulu seekor buaya tembaga seberat 500 kilogram juga berjaya ditangkap setelah penemuan mayat seorang warga emas Zainuddin Bedda, 60 tahun di sungai kecil Pang Burung dipercayai diserang buaya.
Ini adalah tangkapan buaya yang kedua di kawasan berkenaan.
Menurut Sailun pihaknya akan terus memantau kewujudan reptilia ganas itu di sungai berkenaan.
Petrus Bernard
Sat Jul 06 2019
Jabatan Hidupan Liar Tawau telah memasang perangkap tersebut sejak tiga hari lalu berdasarkan aduan pekerja ladang. - Astro AWANI
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu
Seekor gajah Pygmy betina ditemukan mati di sebuah ladang sawit di Bagahak di Lahad Datu Isnin lepas.
Lesen buru buaya di Sabah dibuka sepanjang tahun
Lesen memburu buaya dibuka sepanjang tahun oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mengimbangi populasi haiwan tersebut di negeri ini.
Suami maut, isteri parah dipijak gajah
Mangsa, Lopis Jubin, 90, meninggal dunia akibat dipijak haiwan tersebut manakala isterinya, Dalama Hamid, 62, mengalami kecederaan parah.
Lima termasuk dua remaja pemburu haram ditahan di Nabawan
Lima pemburu haram termasuk dua remaja ditahan dalam operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu 38, Nabawan
Jabatan Hidupan Liar selamatkan anak gajah buangan
Pegawai JHL Lahad Datu, Silvester Saimin dalam satu kenyataan berkata gajah berkenaan telah dijumpai oleh pekerja ladang berkenaan pada 15 Jun lalu.
Kerjasama APM dan bomba Keningau berjaya jinakkan buaya 100kg
Dalam kejadian jam 1.05 petang itu, difahamkan sang bedal seberat 100 kilogram berkenaan ditemui oleh beberapa penduduk yang menyaksikan kelibatnya berada di tepi kolam berhampiran kampung tersebut.
Lebih 100 Babi Berjanggut Borneo ditemui mati disyaki akibat ASF di Sabah
Sekurang-kurangnya 100 ekor babi liar di hutan simpan Sabah, ditemukan mati sehingga hari ini disyaki akibat Demam Babi Afrika (ASF), kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga.
Empat pegawai, anggota polis antara 14 ditahan terbabit aktiviti pemburuan haram
Seramai 14 individu termasuk empat pegawai dan anggota polis ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pemburuan haram.
Buaya baham lelaki di Kalabakan bulan lepas berjaya ditangkap bersama tulang manusia
Seekor buaya sepanjang lebih empat meter yang dipercayai menyerang dan membaham seorang lelaki, Sukrien Jesman Yusoff, 24, di Sungai Kalabakan pada 3 Julai lalu berjaya ditangkap hari ini.
Racun punca kematian 50-60 ekor gajah dalam tempoh 10 tahun - JHL Sabah
JHL Sabah sedang bekerjasama dengan Pusat Racun Negara dalam aspek penyelidikan dan penyiasatan keracunan gajah di Sabah.