ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini.
Muhammad Sanusi akan menghadap Sultan Sallehuddin bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Beliau dijadualkan menghadap Sultan Sallehuddin pada jam 10.15 pagi di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kedah bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Sallehuddin untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran pada 25 Jun ini.
Enam negeri akan melaksanakan PRN pada tahun ini termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 25 2023
Muhammad Sanusi dijangka menghadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman pada Ahad. - Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Seni mengawal emosi: Langkah atasi panas baran
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama Anggota Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof Madya Dr. Azmawaty membincangkan mengenai isu panas baran yang iazimnya membawa kepada tindakan di luar kawalan serta bagaimana untuk tanganinya secara bijak lagi berseni.
#AWANIRingkas 27 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Januari 2025
1️⃣ Nasihat PM kepada pesawah
2️⃣ Lawatan negara Prabowo Subianto
3️⃣ Diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina
#awaniringkas
1️⃣ Nasihat PM kepada pesawah
2️⃣ Lawatan negara Prabowo Subianto
3️⃣ Diskaun tol sempena Tahun Baharu Cina
#awaniringkas
Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.
WEF2025: Banteras penggunaan plastik, masih jauh perjalanan
Pencemaran plastik menjadi ancaman global dengan lebih 8 juta tan plastik memasuki lautan setiap tahun, membahayakan alam sekitar dan kesihatan manusia. Global Plastic Action Partnership berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik yang tidak dikitar semula, seperti yang dibincangkan dalam World Economic Forum 2025.
Reaksi awal pasaran terhadap pentadbiran Trump 2.0
Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan memberikan reaksi awal pasaran terhadap pelantikan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua. Mengupas kesan pentadbiran Trump 2.0 terhadap sentimen pasaran global dan implikasinya kepada ekonomi Malaysia, termasuk pergerakan FBMKLCI, data ekonomi China, dan dasar Rizab Persekutuan AS
Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
Malaysia kekal pada tahap A3, apa tindakan seterusnya?
Moody’s mengekalkan penarafan kedaulatan Malaysia pada A3 dengan unjuran stabil, merujuk kepada prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh dan kecekapan institusi dasar. Namun, cabaran fiskal masih ketara, dengan beban hutang tinggi dan asas hasil yang sempit membatasi ruang fiskal.
Pengadil EPL terima ancaman, ugutan jenayah ekoran beri kad merah
Perkara itu juga menerima pelbagai reaksi daripada penggemar bola sepak yang memberikan pendapat berlainan mengenai hukuman berat itu.
Jumlah kerugian akibat kebakaran di Melaka berkurang tahun lepas
Nilai kerugian akibat kebakaran di Melaka sepanjang tahun lepas mencatatkan penurunan kepada RM25.7 juta.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu ini
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang pertama bagi 2025 pada 28 dan 29 Januari.
Sanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN
Sesi menghadap itu diadakan di pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman.
Bubar DUN: Sanusi dijangka menghadap Sultan Kedah hari ini
Muhammad Sanusi akan menghadap Sultan Sallehuddin bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri Kedah.