Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan desakan oleh Tawfik Ismail agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dibubarkan sebagai kurang sopan dan tidak beradab.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah dengan tegas mengingatkan Tawfik yang juga anak bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman agar segera memohon maaf kerana mempertikaikan kewujudan JAKIM, bagi mengelak implikasi yang negatif kepada beliau.
"Perkasa menggesa agar Tawfik Ismail segera memohon maaf kepada JAKIM dan umat Islam agar tidak berlaku implikasi yang negatif kepada beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, penubuhan JAKIM adalah selari dengan aspirasi dan peruntukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 1(4), Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan ikrar Yang DiPertuan Agong mengikut Perkara 37(1) memanifestasikan bahawa pihak kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menubuhkan, mengurus dan memberikan dana kepada mana-mana institusi berkaitan Islam.
Dr Amini berkata, peruntukan mengenai Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan Persekutuan semestinya memanfaatkan umat Islam dan memberikan kelebihan kepada agama Islam sebagai agama rasmi manakala Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama negara dan para Sultan adalah ketua agama bagi negeri negeri mereka.
"Dengan tegas, Perkasa ingin menyatakan bahawa Islam mempunyai kedudukan yang sangat istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia sentiasa terpelihara.
"Apabila peranan JAKIM sebagai institusi agama yang paling berautoriti dalam negara ini dipertikaikan, maka ia adalah satu tindakan yang bertentangan dengan aspirasi negara, kerajaan yang memerintah dan umat Islam sendiri.
Tawfik, dipetik sebagai berkata kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual baru-baru ini, JAKIM perlu dibubarkan dan umat Islam di Malaysia harus dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka mahukan
Shuhami Zabri
Tue Nov 10 2015

Perkasa mengingatkan Tawfik (gambar) yang juga anak bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman agar segera memohon maaf kerana mempertikaikan kewujudan JAKIM. - Foto Bernama

Komen negatif media sosial ancaman halus kepada kesihatan mental - Pakar psikologi
Katanya, tindakan itu juga berupaya membuat seseorang pengguna media sosial mengambil tindakan ekstrem.
AWANI Ringkas: RUU Majlis Media Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.
KL Rangers FC: Penjenamaan semula meluaskan penglibatan belia KL
Penjenamaan semula ini membawa peluang besar kepada generasi muda KL untuk berkecimpung dalam dunia bola sepak, bukan hanya sebagai pemain tetapi juga sebagai pemangkin perubahan dalam arena sukan negara.

"Yulia bukan pembantu rumah, dia sebahagian daripada keluarga kami"
Rafidah Partiman dan Ahmad Hakimi Tajuk Arus antara majikan bertuah yang pernah menerima kehadiran pembantu rumah yang bertanggungjawab.
Malaysia, Pintu Masuk kepada Inovasi ASEAN
Temubual eksklusif bersama Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, mengenai kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi dan teknologi di rantau ini. Ketahui kekuatan utama Malaysia, sektor yang menjanjikan, dan cabaran yang perlu diatasi untuk memperkukuh ekosistem inovasi negara. Saksikan juga peranan Malaysia di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2025 dan visi masa depan teknologi Malaysia.

Kenapa wajah berubah? Ini jawapan Fathia Latiff...
Kata Fathia, faktor umur ada kemungkinan menyebabkan wajahnya berubah.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

Simple Manusan: Sarat dengan realiti dan emosi
Simple Manusan muncul sebagai satu lagi karya yang diharap dapat membawa sinema Tamil Malaysia ke tahap baharu.

Bubar JAKIM: Kenyataan Tawfik, kurang sopan dan tidak beradab - Perkasa
Jangan pertikaikan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr Amini Amir Abdullah.