KUALA LUMPUR: Istana Negara menafikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Sumber Istana Negara memberitahu Astro AWANI, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung sesi sembah menghadap bagi memohon pembubaran Parlimen, seperti yang didakwa.
Sementara itu, memetik laporan Free Malaysia Today, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin turut mengesahkan laporan tersebut adalah palsu.
Tegas Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah ketika ini masih berada di Singapura.
BACA: MKT UMNO mahu Parlimen dibubarkan tahun ini - Ahmad Maslan
Terdahulu, media memetik blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin yang mendakwa Ismail Sabri akan ke Istana Negara bagi menghantar surat meminta pembubaran Parlimen diadakan segera.
Menurut laporan itu lagi, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO akan diiringi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Jumaat lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencapai ketetapan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan tahun ini.
Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Astro Awani
Mon Oct 03 2022
![Bubar Parlimen: Istana Negara nafi Perdana Menteri menghadap Agong hari ini Bubar Parlimen: Istana Negara nafi Perdana Menteri menghadap Agong hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652596358_ISTANANEGARA.jpg)
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin turut mengesahkan bahawa laporan tersebut adalah palsu - Foto fail/Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kerajaan perlu terbitkan Kertas Hijau, biar masyarakat terlibat dalam Akta Penggal Tetap Parlimen Kerajaan perlu terbitkan Kertas Hijau, biar masyarakat terlibat dalam Akta Penggal Tetap Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705221964_MalaysiaParliament.jpg)
Kerajaan perlu terbitkan Kertas Hijau, biar masyarakat terlibat dalam Akta Penggal Tetap Parlimen
Ahli Parlimen Tuaran, Wildfred Madius Tangau melihat ia penting untuk mengelak lebih banyak maklumat tidak tepat tentang FTPA
![[KOLUMNIS] Pengundian ekspres atau kemungkinan ditangguh? [KOLUMNIS] Pengundian ekspres atau kemungkinan ditangguh?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647075760_petugasSuruhanjaya.jpg)
[KOLUMNIS] Pengundian ekspres atau kemungkinan ditangguh?
Kemungkinan besar pengundian akan berlangsung pada 5 atau 12 November.
![Biarpun Parlimen bubar, penyediaan Bajet 2023 tidak sia-sia - Tengku Zafrul Biarpun Parlimen bubar, penyediaan Bajet 2023 tidak sia-sia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665141865_TBbajet.jpg)
Biarpun Parlimen bubar, penyediaan Bajet 2023 tidak sia-sia - Tengku Zafrul
Situasi sama pernah terjadi pada 1999, iaitu bajet dibentangkan dan pembubaran Parlimen berlaku.
![Majlis menghadap Agong hanya mesyuarat pra-kabinet, bincang isu kerajaan Majlis menghadap Agong hanya mesyuarat pra-kabinet, bincang isu kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665054994_Agong.jpg)
Majlis menghadap Agong hanya mesyuarat pra-kabinet, bincang isu kerajaan
Menurut Facebook rasmi Istana Negara, majlis menghadap itu merupakan aktiviti rutin antara kedua-dua pemimpin bagi membincangkan isu semasa.
![PM beredar dari Istana Negara selepas kurang sejam menghadap Agong PM beredar dari Istana Negara selepas kurang sejam menghadap Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665047232_TBPM.jpg)
PM beredar dari Istana Negara selepas kurang sejam menghadap Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira satu jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
![PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665043784_IsmailSabriYaakob.jpg)
PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasuki perkarangan Istana Negara pada pukul 3.48 petang.
![Belanjawan Pahang 2023 tetap dibentang Jumaat ini - MB Belanjawan Pahang 2023 tetap dibentang Jumaat ini - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661355074_TBWANROSDYWANISMAIL.jpg)
Belanjawan Pahang 2023 tetap dibentang Jumaat ini - MB
Belanjawan Pahang 2023 tetap akan dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
![Pembubaran Parlimen kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong? Pembubaran Parlimen kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646080366_TBAGONGjpg.jpg)
Pembubaran Parlimen kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?
Hanya Dewan Rakyat yang dibubar. Apabila sebut pembubaran Parlimen, ia bermaksud pembubaran Dewan Rakyat.
![Tiada Pilihan Raya Negeri Sabah jika Dewan Rakyat dibubarkan tahun ini - Hajiji Tiada Pilihan Raya Negeri Sabah jika Dewan Rakyat dibubarkan tahun ini - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664084829_TBHAJIJIPRU.jpg)
Tiada Pilihan Raya Negeri Sabah jika Dewan Rakyat dibubarkan tahun ini - Hajiji
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan dibubarkan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen tahun ini.
![UMNO tarik sokongan: Empat kemungkinan bakal berlaku - Sivamurugan UMNO tarik sokongan: Empat kemungkinan bakal berlaku - Sivamurugan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41627991483_SivamuruganPandian.jpg)
UMNO tarik sokongan: Empat kemungkinan bakal berlaku - Sivamurugan
Institusi kerajaan Perikatan Nasional secara tidak langsung 'telah tumbang' sehubungan pengumuman Presiden UMNO berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk berpihak kepada YDPA.