KLUANG: Seorang bapa tidak menyangka dia akan kehilangan anak buat selama-lamanya hanya dalam tempoh tujuh jam selepas anaknya itu mengalami demam yang disyaki akibat strok haba.
Menurut Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, dia mendapati anak keduanya, Airiel Syahren, 12, mengalami panas badan pada malam Ahad lalu.
Susulan itu katanya, dia meminta anaknya itu untuk berehat di dalam bilik, namun kira-kira jam 12 tengah malam, anaknya mula meracau.
“Pada mulanya, saya ingatkan dia hanya demam biasa, saya kemudiannya kejutkan dia dan suruh dia tidur di luar (ruang tamu), mungkin di bilik itu sejuk.
"Lepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia (anak), mengalami cramp (kejung) dengan badan mengerekot di ruang tamu.
“Keadaan itu buatkan saya panik, saya telefon 999 dan disambungkan ke Hospital Kluang (Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom).
"Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai," ketika ditemui di rumahnya pada Selasa.
Syahrol Azmi berkata, dalam tempoh menunggu ambulans sampai, anaknya tetap meronta-ronta sehingga terberak dan terkencing.
"Keadaannya macam terlalu sakit. Adiknya pun jadi macam ini tetapi sekejap sahaja, dalam seminit dua,” katanya.
Tambah Syahrol Azmi, dia bersama anak lelaki sulungnya, turut ke hospital bagi menemani Airiel Syahren pada awal pagi Isnin.
Bagaimanapun katanya, dia pulang ke rumah sekitar jam 4 pagi dan meminta anak lelaki sulungnya untuk berada di hospital.
“Tidak lama selepas itu saya terima panggilan telefon daripada anak sulung mengatakan dia tak boleh tunggu kerana masih di bawah umur dan pihak hospital turut menelefon saya meminta saya datang dan bawa pampers (lampin pakai buang) ke hospital.
“Saya kemudiannya datang ke hospital dan mendapati doktor sedang melakukan rawatan terhadap anak saya dengan menggunakan alat khas macam pump tu.
"Saya kemudiannya dipanggil oleh salah seorang doktor ke biliknya dan diberikan penerangan mengenai keadaan anak saya sambil doktor yang lain meneruskan tugas mereka.
“Melihatkan keadaan anak saya macam tu saya dah tak sampai hati. Dalam hati saya berkata, ‘kalau nak pergi, pergilah’ jangan seksa dia macam ini, keadaan dia tak mengizinkan dia untuk terus sakit,” katanya.
Berdasarkan kepada perakuan daripada pihak Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, Airiel Syahren disahkan meninggal dunia akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis.’
Jenazah murid Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Kluang itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor, pada Isnin.
Seorang lagi anak Syahrol Azmi, Aidil Syahren, 9, juga demam pada Ahad lalu dan kini dilaporkan stabil serta masih berada di HEBHK.
Sementara itu, Syahrol Azmi menasihatkan agar segera ke klinik sekiranya anak atau diri sendiri demam, kerana dikhuatiri ia adalah simptom strok haba.
“Simptom strok haba ni boleh sebabkan sawan, dia panas kat dalam dan boleh rosakkan organ dalaman macam buah pinggang, paru-paru dan anak saya doktor cakap dah sampai tahap radang otak,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 02 2023

Airiel Syahren disahkan meninggal dunia akibat septic shock secondary to meningoencephalitis. -Foto Sinar Harian

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM
Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Nov lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba.

Punca kematian Pegawai Kadet TLDM enam tahun lepas disebabkan strok haba - Pakar Perubatan HAT
Seorang pakar perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa punca kematian pegawai kadet TLDM J.Soosaimanicckam enam tahun lepas adalah disebabkan strok haba.

Tiga empangan simpanan air mentah pada paras bahaya - Nadma
Empangan Muda di Kedah, Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya.

12 kes akibat cuaca panas dilaporkan di Perak - Exco
Sebanyak 12 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes
Jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas setakat semalam, meningkat kepada 116 kes berbanding 112 kes pada 23 Julai lepas.

Cuaca panas: Hadkan aktiviti luar, ambil langkah berjaga-jaga
Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar berikutan negara berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lepas yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.

Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes
Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes setakat hari ini berbanding 109 kes pada 16 Julai lepas.

Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan
Kementerian Kesihatan mengumumkan tahap kecemasan cuaca tertinggi di 11 daripada 27 bandar terbesar pada hujung minggu.

Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar
Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.